Ini bukan Abang Long Fadil, ini VinFast Fadil!

oleh Mohamad Hanif|
Kereta nasional negara Vietnam, VinFast sebagaimana yang kita semua maklum telah memperkenalkan dua buah model premium pertama mereka iaitu LUX A2.0 dan SUV LUX SA2.0 pada acara Paris Motor Show yang lalu.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Namun, untuk menunggu sehingga ke bulan September 2019 untuk kedua-dua model tersebut mungkin tidak sesuai bagi mereka yang selalu mengadu bilakah SUV pertama mereka bakal memasuki pasaran - anda tahu siapa yang kami maksudkan.

Tidak perlu menunggu begitu lama, VinFast ingin menguji pasaran dengan memperkenalkan sebuah hatchback bandar yang digelar VinFast Fadil. 
 


VinFast Fadil tiada kena mengena dengan Abang Long Fadil yang popular di layar perak Malaysia, malah ia juga mungkin tidak kenal siapa itu watak yang kami cuba sebutkan tadi. 

VinFast Fadil merupakan model versi rebadge daripada crossover hatchback Opel Karl Rocks, terima kasih kepada perjanjian antara mereka dan GM baru-baru ini. 

 


Model asal Opel Karl Rocks menggunakan enjin empat silinder sebaris 1.4 liter yang mampu menghasilkan kuasa 98 hp dan menggunakan transmisi CVT dengan model asas menerima peralatan seperti dua buah beg udara, brek ABS, dan sensor parking.
 


Manakala model premium pula menerima kelengkapan enam buah beg udara, kawalan cengkaman, horizon slope assistance, anti-flip ROM function, kamera undur, sistem kawalan iklim dan sistem multimedia.  

 


Harga jualan permulaan tidak diketahui, namun untuk varian premium, VinFast Fadil dijual pada harga 423 juta Dong matawang Vietnam (atau kira-kira RM76,000++ mengikut kadar pertukaran mata wang semasa) dan ia bakal bersaing dengan Suzuki Celerio, Hyundai Grand i10, Toyota Wigo dan Kia Morning.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Menurut Syamsul, pemandunya memakai baju VinFast dan kereta itu menggunakan plet pendaftaran…
Berita Global
Jumlah itu cukup besar dan masalahnya ialah kekurangan stesen pengecasan untuk EV tersebut. Buat…
Berita Global
Walaupun pada acara IIMS 2024 tersebut, Vinfast tayangkan lima buah model EVnya, iaitu model VFe34…