Sebagaimana yang anda boleh saksikan, van Gran Max ini telah diubahsuai supaya mampu memuatkan barangan perniagaan tudung MUMU Scarves, manakala bahagian luaran pula telah dilengkapi dengan beberapa aksesori seperti lampu nyalaan siang, bull bar, pelindung cermin sisi, sun visor dan rim 15 inci.
Manakala Mobile Cafe (tiada dalam gambar) merupakan hasil kerjasama Daihatsu dengan syarikat Big Apple Donuts & Coffee lengkap dengan peralatan yang digunakan untuk perniagaan makanan.