Proton X70 - SUV modern untuk marhaen

oleh HEZERI SAMSURI|

Proton akhirnya membuat penampilan umum SUV pertama mereka, X70 yang diambil dari Geely Boyue.

Penampilan tersebut berlangsung di Pameran Motor Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIMS) 2018 di MITEC Kuala Lumpur.

Kali ini, bukan setakat rekabentuknya, tetapi rakyat Malaysia boleh melihat kecanggihan teknologi China  yang akan digunakan oleh Proton bagi membantu ia kembali bernyawa setelah gagal menghasilkan produk-produk sendiri yang berjaya di pasaran tempatan mahupun antarabangsa.

Ruang pameran Proton di KLIMS juga menempatkan satu model "half cut" untuk membantu pengunjung memahami bahagian-bahagian kritikal yang diperkuatkan sekiranya berlaku kemalangan. Kurang pasti samada ia diperkuatkan oleh Proton atau dari Geely sendiri.

 

 

Selain dari itu, ada juga skrin-skrin sesentuh yang disediakan di dalam kabin X70 untuk menunjukan cara penggunaan kelengkapan canggihnya itu.

Proton turut menyediakan Ruangan Realiti Maya (VR) untuk menunjukan fungsi-fungsi sistem seperti Program Kestabilan Elektronik (ESP), Brek Kecemasan Berautonomi (AEB) dengan Amaran Perlanggaran Hadapan (FCW), Kawalan Pelayaran Adaptif (ACC), Amaran Tukaran Lorong (LDW) dan Sistem Amaran Titik Buta (BLIS) berfungsi dalam pemanduan sebenar.

Menurut Dr Li Chunrong, Ketua Pegawai Eksekutif Proton, spesifikasi X70 ini adalah sama dengan model yang akan dilancarkan kelak.

Tarikh pelancaran juga telah ditetapkan akhirnya, iaitu pada 12 Disember 2018.

 

 

Agensi kerajaan nampaknya turun membantu agar Proton X70 yang modern dan selamat ini bakal mampu dimiliki oleh ramai.

Insentif-insentif cukai seperti penarafan X70 sebagai Kenderaan Cekap Tenaga (EEV) telah diberikan walaupun ia unit diimport sepenuhnya dari China. Begitu juga dengan cukai-cukai import yang lain yang dipercayai tidak dikenakan agar dapat membantu rakyat Malaysia memiliki model yang canggih ini.

Orang ramai boleh mengunjungi KLIMS dari hari ini sehingga 2 Disember nanti dan jangan lupa, tempah X70 anda di sana!
 

Add new comment

Careta Ad

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Setiap kali pameran automotif diadakan di Malaysia, komen-komen sumbang seperti di bawah pasti akan…
Berita Domestik
Nissan mendefinisikan semula bagaimana manusia bergerak, dengan visi menjadikan pengangkutan lebih…