KLIMS 2018: ETCM bawakan kepada pengunjung Nissan LEAF, e-Note

oleh Mohamad Hanif|
Sempena acara KLIMS 2018, Edaran Tan Chong Motor (ETCM) membawakan pameran yang bertemakan ‘Nissan Intelligent Mobility’, dengan memperlihatkan pelbagai kenderaan Nissan yang inovatif dan pintar termasuk Kereta 100% Elektrik Nissan LEAF Serba Baharu dan sistem e-POWER.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Nissan mendefinisikan semula bagaimana manusia bergerak, dengan visi menjadikan pengangkutan lebih selamat, pintar dan mengujakan melalui Nissan Intelligent Mobility. Paksi Nissan Intelligent Mobility terdiri daripada tiga inovasi iaitu: 

  • Intelligent Power (Berkuasa Pintar) – lebih cekap, lebih berkuasa, diterajui oleh kenderaan elektrik (EV) dan sistem e-POWER 
  • Intelligent Driving (Pemanduan Pintar) – memberi lebih keyakinan kepada pemandu, diterajui oleh teknologi pemanduan berautonomi ProPILOT Nissan 
  • Intelligent Integration (Integrasi Pintar) – Komunikasi di antara kenderaan, masyarakat dan pemandu 


Nissan juga turut sama memperlihatkan kepada umum model berkuasa elektrik, Nissan LEAF yang dijangka bakal memasuki pasaran pada tahun hadapan. 

Dengan e-powetrrain yang termaju, ia datang dengan kombinasi motor elektrik dan pek bateri Lithium-Ion berkuasa 40 kWh yang menawarkan kuasa 110 kW dan daya kilas 320 Nm, sebelum memberikan jarak pengoperasian sekitar 400 km (data Japan JC08). 

 


Nissan LEAF juga menampilkan teknologi swapandu ProPILOT yang amat berguna ketika di lebuhraya dan juga semasa keadaan trafik yang sesak. 

Turut membantu para pemandu ialah teknologi e-Pedal yang membolehkan para pemandu mengoperasikan, dan memberhentikan Nissan LEAF ini dengan hanya menggunakan pedal minyak sahaja!

Saksikan sorotan gambar Nissan LEAF yang dibawakan khas untuk anda oleh Edaran Tan Chong Motor di KLIMS 2018.

 

 

Ekstra: Nissan e-NOTE

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Setiap kali pameran automotif diadakan di Malaysia, komen-komen sumbang seperti di bawah pasti akan…
Berita Domestik
Proton akhirnya membuat penampilan umum SUV pertama mereka, X70 yang diambil dari Geely Boyue.…