Dinamakan sebagai Koncepto Millenya, ia secara ringkasnya merupakan dron bersaiz penuh yang mampu memuatkan seorang manusia dan membolehkan ia bergerak ke mana sahaja, terima kasih kepada konfigurasi enam belas buah rotor!
Pada asalnya, beliau sekadar suka untuk membina dron kustom sebagai hobi masa lapang dan merakam video, namun, pada suatu hari, terlintas di dalam fikirannya:
"Bagaimana sekiranya aku membina dron yang lebih besar, dan aku boleh terbang?"
Maka terhasillah Koncepto Millenya.
Dron ini telah dibangunkan sejak enam tahun yang lalu dan ia terdiri daripada 16 buah motor, 16 propeller, dan 16 komputer dan mengikut perkiraan awal, ia mampu terbang setinggi 6 meter dengan masa terbang selama 10-15 minit untuk sekali cas.
Bagi mengurangkan berat badan, Kyxz menggunakan bahan binaan daripada gentian karbon.
Ciptaan Kyxz ini telah menarik perhatian sebuah syarikat EV Australia, Star 8 yang berminat untuk menghasilkan kenderaan yang serupa secara komersil.
Menurut Presiden Star 8, Jacob Maimon berkata, mereka kini sedang merancang untuk membina sebuah kenderaan udara Future 8 (berkonsepkan seperti Koncepta Millenya) yang mampu memuatkan dua orang penumpang dengan berat sekitar 200 kg sahaja.
Mungkin tidak lama lagi, dron kereta dengan empat tempat duduk juga bakal menjadi realiti.