Ia dibina untuk sebuah syarikat yang mahukan 500 unit akan pikap tersebut. Tidak seperti Oroch, Dacia pikap oleh Romturingia ini hanya ada dua tempat duduk dan tempat letak kargo yang lebih panjang.
Namun begitu cerita itu tidak berakhir begitu sahaja kerana Romturingia mempamerkan beberapa unit trak pikap baharu berdasarkan Dacia Duster terkini.
Syarikat Romania itu menggunakan Pameran kenderaan Komersil IAA di Hannover bulan lalu sebagai lokasi untuk mempersembahkan konsep pikap baharu ini ke mata dunia.
Duster Pikap ini menggunakan enjin 1.5L dCI turbodiesel dengan 109 hp dan disambung kepada sistem AWD ala crossover.
Bahagian belakang pikap ini ialah yang paling seksi untuk sebuah trak pikap, bukan?