Menurut International Energy Agency, jumlah tersebut merangkumi 36.5% daripada jumlah keseluruhan pasaran, menjunam daripada 42.5% yang dicatatkan pada separuh tahun pertama 2017.
Jerman yang merupakan salah satu negara pengeluar kenderaan enjin diesel terbesar di dunia juga turut mencatatkan penurunan kepada 31.1% berbanding 41.3% dalam tempoh yang sama tahun lalu.
Keadaan bertambah buruk apabila beberapa isu melibatkan enjin diesel seperti skandal emisi Volkswagen (dieselgate) turut menyumbang kepada kejatuhan penguasaan enjin diesel di Eropah.
Sementara itu, majoriti bandar besar di sana seperti Berlin, London dan Paris telah mengumumkan larangan kemasukan kenderaan enjin diesel ke bandar sebagai salah satu cara untuk mengurangkan kadar pencemaran udara.
Kesan daripada isu di atas, pengeluar-pengeluar kenderaan mula mengambil langkah untuk menghentikan pembangunan enjin baharu dan juga penawaran kenderaan diesel di dalam barisan jualan mereka.