Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) juga sudah mengeluarkan senarai sembilan jenis kenderaan sektor oengangkutan darat (barangan) yang layak untuk terus menerima subsidi:
- Lori kargo am (General Cargo)
- Lori minuman botol (Bootled Drinks Lorries)
- Lori sejuk beku (Refrigerated Lorries)
- Lori Luton (Luton Trucks atau van berkotak)
- Lori tangki tepung (Flour Tankers)
- Lori tangki air (Water Tankers)
- Van panel
- Van tingkap
- Penggerak utama (prime mover atau kepala treler)
Mereka yang layak perlu memohon selewat-lewatnya 30 April ini.
Menurut laporan Astro Awani, 30 April bukanlah tarikh tutup, tetapi lebih untuk memastikan supaya kenderaan jenis barangan terbabit sudah bersedia.
Syarikat pembekal bahan api yang terbabit ialah Petronas, Shell, Petron, Caltex dan BH Petrol.
Laporan penuh di The Star dan Astro Awani.