Fahmi Fadzil - Dakwaan subsidi RON95, diesel ditarik dan cukai baharu dilaksana, tidak benar!

oleh Penyumbang Rencana|
gambar hiasan
Dakwaan kononnya kerajaan akan menarik balik subsidi RON95 dan diesel pada tahun ini sepertimana yang tular di media sosial adalah tidak benar, kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.

Jurucakap Kerajaan Perpaduan itu berkata perkara tersebut belum lagi dibincang di peringkat Jemaah Menteri.

Beliau turut menafikan dakwaan beberapa cukai baharu akan diperkenal tahun ini, yang juga tular dalam media sosial.

"Sekali lagi ini adalah sebaran yang tidak mempunyai maklumat yang tepat, menimbulkan kecurigaan dan kegusaran awam," katanya pada sidang media pada Rabu.

Justeru, Fahmi menasihati orang ramai agar sentiasa berhati-hati dalam menerima sebarang maklumat sebaliknya merujuk kepada Kementerian Kewangan jika terdapat sebarang keraguan.

 

Bernama

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Menurut Pengarah KPDN Kedah, Muhammad Nizam Jamaludin, kegiatan itu dikesan hasil aduan orang awam…
Berita Global
Program subsidi ini bakal menampung kos sebanyak 700 yen (RM21.00) bagi setiap kilogram hidrogen,…
Berita Domestik
"Kerajaan Persekutuan dan Sarawak telah menandatangani memorandum untuk menyatakan komitmen…