Pocket-Rocket dari Sol Motors - motosikal elektrik bentuk tiub

oleh HEZERI SAMSURI|
Motosikal elektrik mampu lari dari bentuk tradisional sebuah motosikal kerana ia tidak mempunyai enjin.

Contoh terbaik ialah Pocket Rocket dari Sol Motors yang mempunyai ibu pejabat di Stuttgart, Jerman.

Ia tidak selaju motosikal, tetapi tidak selembab basikal dan kerana itu Sol Motors berkata jentera ini dikategorikan sebagai "no-ped" atau tanpa pengayuh.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Kerangka utama ialah silinder gemuk dengan lampu hadapan dan lampu belakang di setiap hujung, menjadikan anda seperti sedang menunggang sebuah:

  1. Pensel warna Luna
  2. Bateri Duracell AA
  3. Alat penghentam pintu (battering ram) oleh pasukan SWAT
  4. Batang pokok getah

Kerangka tambahan berbentuk tiga segi dikimpal di bahagian bawah untuk menempatkan engsel lengan ayun belakang dan tempat pemijak kaki.

 

 

Pacuan menggunakan hab di dalam roda belakang. Di hadapan, sepasang fork motosikal biasa digunakan.

Ada dua varian yang ditawarkan:

  • Varian dengan motor elektrik 6 hp (4.5 kW) dengan kelajuan masimum 50 kmsj
  • Varian dengan motor elektrik 8.5 hp (6.3 kW) dengan kelajuan maksimum 80 kmsj.

 

 

Jarak perjalanan dengan sekali caj ialah antara 50 ke 80 km. Kadar tork ialah 150 Nm dan sangat mudah untuk membuat wheelie (Ia ada mod Wheelie rupanya).

Mod lain ialah Eco dan Sport. Harga bermula dari US$6,000 sehingga US$7,500.

Jika anda hendak merasa bagaimana perasaan menunggang batang pokok, lawati laman web mereka SOL MOTORS dan tempah sebuah.

Berita Berkenaan

Berita Global
Mereka juga mendakwa beg udara gagal berfungsi dan pintu kenderaan tidak terbuka selepas kemalangan…
Kereta
Perkara seperti tersebut membuatkan sesetengah orang masih kurang yakin dengan kebolehan dan…
Berita Global
Laporan itu datang selepas Ketua eksekutif Tesla, Elon Musk membuat lawatan mengejut untuk bertemu…