Kembar siri Icona diperkenalkan di Paris Motor Show - Ferrari Monza SP1 dan SP2

oleh Mohamad Hanif|
Dalam acara yang sama, Ferrari turut mengambil kesempatan memperkenalkan dua buah kereta daripada siri Icona yang mengintegrasikan rekaan 1950-an dengan teknologi perlumbaan terkini.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Ferrari Monza SP1 dan SP2 merupakan kembar yang dibangunkan berasaskan kereta sports 812 Superfast dengan enjin berkapasiti 6.5 liter bentangan V12 65 darjah yang mampu menghasilkan kuasa 809 hp berbanding kuasa asal (789 hp), menjadikannya enjin paling berkuasa dalam sejarah kereta sports Ferrari.

Ia menjadikan kembar SP1 dan SP2 ini mampu memecut sepantas 2.9 saat sahaja dari 0-100 km/j sebelum mencapai kelajuan tertinggi 300 km/j. 
 


Walaupun kedua-dua Monza SP1 dan SP2 ini mempunyai rekaan open-top roadster yang diinspirasikan daripada kereta lumba sebenar (lebih dikenali sebagai barchettas), ia sah untuk digunakan di atas jalan raya. 

Apa yang membezakan kedua-dua model ini ialah konfigurasi tempat duduk di mana SP1 hanya mempunyai tempat duduk tunggal, manakala SP2 pula hadir dengan kerusi penumpang dengan ciri roll bar terbina. 

Ketika menghasilkan rekaan open-air roadster ini, Ferrari mengaplikasikan Virtual Wind Shield - membantu pengaliran udara di bahagian panel instrumen dan roda stereng - dan dalam masa yang sama memberikan keselesaan tersendiri kepada pemandu. 

Sistem pengendalian tidak dilupakan dengan ciri ESP, ESC, F1-Trac, E-Diff3, SCM-E bagi memastikan roadster ini kekal melekat di atas jalan walau apa jua halangan atau keadaan ketika pemanduan. 
 


Khusus buat para pembeli Monza SP1 dan SP2, Ferrari bekerjasama dengan syarikat jenama mewah Loro Piana dan Berluti bagi menghasilkan pakaian dan aksesori yang bersesuaian dengan imej roadster tersebut. 

Set tersebut terdiri daripada seluar dan juga bomber jacket yang diperbuat daripada fabrik "rain storm techno wool stretch" (panjang betul nama) yang mampu memberikan perlindungan kepada pemandu (dan juga penumpang) daripada angin, selain daripada mempunyai ciri kalis air sekiranya terpaksa menempuh cuaca hujan. 

Setiap set pakaian disertakan dengan rekaan unik Ferrari seperti nombor identifikasi enjin dan kenderaan, serta boleh disertakan nama pemilik kenderaan sekiranya mereka mahu. 

Khidmat Berluti digunakan bagi menghasilkan helmet yang diperbuat daripada gentian karbon manakala kasut memandu khas Oxford pula diperbuat daripada kulit Venezia yang terdapat dalam pilihan warna Graphite Black atau Brun.
 

Berita Berkenaan

Berita Global
Ia merupakan kereta produksi dengan ciri bumbung drop-top yang ke-50 syarikat tersebut yang…
Berita Global
Majlis perasmian tersebut disempurnakan oleh ikon sukan global, David Beckham yang turut sama hadir…