Spesifikasi Ferrari 488 Pista Spider didedahkan pada acara Paris Motor Show 2018

oleh Mohamad Hanif|
Bersempena acara pertunjukan Paris Motor Show 2018, Ferrari mengambil kesempatan untuk mendedahkan dengan lebih teliti spesifikasi kereta prestasi Ferrari 488 Pista Spider yang telah diperkenalkan sebelum ini pada bulan Ogos.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Ia merupakan kereta produksi dengan ciri bumbung drop-top yang ke-50 syarikat tersebut yang dibangunkan berdasarkan model 488 Spider. 

Dikuasakan oleh enjin 3.9 liter bentangan V8 turbo berkembar, nadi ini mampu menghasilkan kuasa setinggi 720 hp dan daya kilas 770 Nm sebelum disalurkan kepada roda menerusi transmisi klac berkembar dengan tujuh nisbah kelajuan. 

Kuasa yang dihamburkan itu memberikan pecutan sepantas 2.85 saat daripada 0-100 km/j dan halaju maksimum 340 km/j.
 


Ferrari tidak sekadar menyalin enjin tersebut semata-mata, malah telah menggandingkan teknologi terdahulu pada 488 Challenge dan 488 GTE, serta memberikan beberapa naik taraf termasuklah penggunaan injap dan spring spesifik, piston dan kepala silinder yang telah diperkukuh, dan profil cam serba baharu bagi meningkatkan prestasi sedia ada. 

Selain daripada itu, penggunaan bahan ringan pada ekzos manifold, crankshaft, flywheel dan con-rod titanium juga turut menyumbang kepada pengurangan berat badan Ferrari 488 Pista Spider ini. 

Tidak terhenti setakat itu, aspek kosmetik juga turut diberikan diet pengurangan berat badan terutama pada bahagian penutup enjin, bumper hadapan dan belakang serta spoiler yang diperbuat daripada gentian karbon. 

Dari segi pengendalian pula, Ferrari telah mendatangkan beberapa perubahan yang tidak ketara namun mampu meningkatkan kesan kepada hampir 20% penambahbaikan terhadap kesan aerodinamik. 
 


Ferrari 488 Pista Spider seperti mana model 488 Spider dilengkapkan dengan ciri kawalan keselamatan seperti Ferrari Dynamic Enhancer (FDE), Side Slip Control System (SSC 6.0), E-Diff3, F1-Trac, dan juga sistem damper SCM-E untuk pengendalian yang lebih jitu.

Ferrari turut mendatangkan pilihan rim bersaiz 20 inci yang diperbuat daripada gentian karbon yang lebih ringan 20% berbanding rim jenis forged. 

Berita Berkenaan

Berita Global
Ferrari Monza SP1 dan SP2 merupakan kembar yang dibangunkan berasaskan kereta sports 812 Superfast…
Berita Global
Majlis perasmian tersebut disempurnakan oleh ikon sukan global, David Beckham yang turut sama hadir…