VinFast curi tumpuan umum di acara Paris Motor Show 2018!

oleh Mohamad Hanif|
Syarikat pengeluar kenderaan pertama dari Vietnam, Vinfast berjaya mencuri tumpuan dengan memperkenalkan dua buah model iaitu sedan LUX A2.0 dan SUV LUX SA2.0 di acara pertunjukan automotif Paris Motor Show 2018.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Majlis perasmian tersebut disempurnakan oleh ikon sukan global, David Beckham yang turut sama hadir memeriahkan acara pengenalan tersebut. 

Ketika ditemubual, David Beckham sambil melahirkan rasa teruja berkata, "Vietnam merupakan sebuah negara yang cantik, dan saya dapat melihat bagaimana pasukan pereka VinFast berjaya menghidupkan elemen daripada Vietnam kepada kedua-dua buah model tersebut."

"Ia sememangnya satu penghormatan buat saya menjadi sebahagian daripada sejarah buat pertama kalinya bagi syarikat VinFast," ujar beliau. 
 


Menurut Pengerusi VinFast, Le Thi Thu Thuy berkata, walaupun di dalam masa yang agak singkat, mereka berjaya membuat kemunculan yang besar dan memberikan impak kepada seluruh dunia menerusi pengenalan kedua-dua buah model sedan dan SUV VinFast ini. 

"Saya percaya rakyat Vietnam berbangga, dan teruja dengan pencapaian negara mereka di dalam acara yang berprestij Paris Motor Show bagi tahun ini, seterusnya menjadikan jenama ini terus kukuh di Vietnam dan juga di peringkat antarabangsa," tambah beliau. 

Dengan semangat juang asal daripada rakyat Vietnam, rekaan daripada Itali dan gandingan teknologi Eropah, kedua-dua sedan dan SUV ini telah direka mengikut piawaian standard antarabangsa yang ketat dan penyertaan mereka ini secara terus akan meningkatkan profil jenama VinFast. 

VinFast dijangka akan memulakan penjualan sedan LUX A2.0 dan SUV LUX SA2.0 bermula pada September 2019.
 
Berikut merupakan spesifikasi ringkas bagi kedua-dua buah model pertama VinFast. 

LUX A2.0 sedan

 

Dimensi

Panjang x Lebar x Tinggi (mm)

 4973 x 1900 x 1464

Jarak antara roda (mm)

 2968

 

Enjin

2.0L, I4, DI, DOHC, twin-scroll turbo charger, VVT

Sesaran (cc)

1997

Max. output

130kW (176 PS) @ 4,500 - 6,000rpm /

170 kW (231 PS) @ 5,000 - 6,000rpm

Max. torque

300Nm @ 1,750 - 4,000rpm /

350Nm @ 1,750 - 4,500rpm

Fungsi auto-start stop

Ya

Transmission

ZF 8-speed Automatic Transmission

Sistem pacuan

RWD

Bahan api

Gasoline

Standard Emisi

EURO V

 

Ride and Handling

Power Steering Assist

Electrohydraulic Power Steering (EHPS)

Suspensi hadapan

Sistem gantungan bebas double wishbone

Suspensi belakang

Sistem multilink dengan lima poin

LUX SA2.0

 

Dimensi

Panjang x Lebar x Tinggi (mm)

4940 x 1960 x 1773

Jarak Antara Roda (mm)

2933

 

Enjin

2.0L, I4, DI, DOHC, twin-scroll turbo charger, VVT

Sesaran (cc)

1997

Max. output

170 kW (231 PS hp) @ 5,000 - 6,000rpm

Max. torque

350 Nm @ 1,750 - 4,500rpm

Fungsi auto-start stop

Ya

Transmisi

ZF 8-speed Automatic Transmission

Sistem pacuan

RWD or AWD

Bahan api

Gasoline

Standard Emisi

EURO V

 

Ride and Handling

Power Steering Assist

Electrohydraulic Power Steering (EHPS)

Suspensi hadapan

Sistem gantungan bebas double wishbone

Suspensi belakang

Sistem gantungan multilink, suspensi udara

Berita Berkenaan

Berita Global
Ferrari Monza SP1 dan SP2 merupakan kembar yang dibangunkan berasaskan kereta sports 812 Superfast…
Berita Global
Ia merupakan kereta produksi dengan ciri bumbung drop-top yang ke-50 syarikat tersebut yang…