Gathering kali ini berjaya mengumpulkan sejumlah 364 orang dan dianggarkan sejumlah 296 buah motosikal streetcub telah berjaya dihimpunkan pada himpunan kali ini.
Gathering ini bertujuan untuk merapatkan hubungan antara peserta dan peminat motosikal kustom dari seluruh negara atas minat yang sama. Pada kali ini peserta paling jauh adalah dari Negeri Johor dan perjalanan mereka mengambil masa selama 30 jam untuk sampai ke Homestay Kampung Ujung Bukit setelah menempuhi perjalanan sejauh +-800km.