Luminox Navy SEAL Foundation 3600 Series, penampilan serba hitam, dari RM3,200

oleh Mohamad Hanif|
Luminox baru-baru ini melancarkan jam tangan terbaharu serba hitam Navy SEAL Foundation 3600 Series sebagai satu penghargaan terhadap kerjasama yang terjalin dengan Navy SEAL Foundation.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024

Jam tangan terbaharu ini menampilkan binaan casis CARBONOXTM 45 mm yang direka untuk tahan di bawah permukaan air sedalam 200 meter, kaca kristal sapphire, paparan tarikh dan kemasan hitam sepenuhnya.
 

llt


Terdapat juga logo Navy SEAL Foundation pada bahagian muka dial dan penutup belakang.

Unik untuk jam tangan 3600 Series ini ialah ciri pencahayaan kendiri Luminox Light Technology berwarna kuning dan biru ais.
 

luminox


Anda boleh mendapatkan jam tangan Navy SEAL Foundation 3600 Series ini di Parkson One Utama (Ground Floor), Parkson Pavilion KL (Level 3), SOGO KL (Ground Floor), SOGO Central I-City, Shah Alam (Ground Floor), SOGO Mid Valley Southkey
(Ground Floor) dan mana-mana cawangan penjual sah dengan harga RM3,200.