Koleksi terhad yang dihadkan kepada pasaran Jepun terdiri daripada pelbagai barangan collectibles seperti pin, bekas kad bisnes, model skala enjin Wankel 12A telah pun habis terjual memandangkan ia menjadi rebutan para peminat RX-7 di sana.
Kali ini, Japan Post telah melancarkan set setem peringatan, namun untuk versi terkini ia mengabadikan model generasi pertama RX-7 yang lebih dikenali dengan kod nama SA22 Savanna.
Setiap set setem itu terdiri daripada 10 keping setem bernilai ¥62 (RM2.30) dengan imej yang berlainan diambil daripada kereta SA22 itu, termasuklah imej enjin Wankel 12A.
Untuk para pembaca yang tinggal di negara matahari terbit, anda boleh mendapatkan set terhad ini menerusi kedai atas talian Japan Post atau mana-mana 202 cawangan Japan Post di seluruh negara Jepun pada harga ¥3,800 (RM140) sahaja.
Usah tunggu lagi kerana ia hanya dihasilkan sebanyak 5,000 unit sahaja, dan anda tentu tidak mahu untuk mendapatkannya daripada para penjual yang meletakkan harga Tel Aviv untuk koleksi yang sememangnya terhad ini.