Japan Post ubah Toyota Hilux lama menjadi pejabat pos mini bergerak

oleh Mohamad Hanif|
Menulis surat dengan menggunakan tangan dan menghantar kepada kawan-kawan mungkin satu perkara asing di zaman yang serba maju dan dibanjiri dengan aplikasi permesejan digital.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Namun bagi bagi kami yang pernah melaluinya suatu ketika dahulu, ia merupakan satu perkara dan kenangan yang manis, terutama di zaman peranjakan dari usia remaja ke alam dewasa. 

Projek &Post merupakan salah satu usaha yang dilakukan oleh Japan Post bagi mengimbau kembali kenangan zaman surat ditulis dengan menggunakan tangan. 

Menariknya, mereka menggunakan sebuah Toyota Hilux lama yang diubah suai menjadi sebuah pejabat pos mini bergerak, dinamakan sebagai Post Car. 
 


Elemen retro menguasai pejabat pos mini bergerak ini dengan binaan kayu di bahagian belakang yang menjual poskad dan peralatan menulis. 

Anda turut boleh menukarkan gambar yang terdapat di dalam peranti pintar untuk dijadikan sebagai poskad kenang-kenangan.

Projek &Post ini dipamerkan di pusat membeli belah Kitte, Marunouchi Tokyo dan akan 'bergerak' ke lokasi-lokasi lain di serata Jepun. 

Menurut Japanese Nostalgic Cars, suatu ketika dahulu Japan Post sebenarnya pernah menggunakan khidmat daripada Toyota Hilux untuk mengutus surat dan menghantar barang-barang pos. 

 

Berita Berkenaan

Informasi
  "Pelanggan juga boleh memperbaharui insurans motor mereka di kaunter pejabat pos atau dalam…
Berita Domestik
  “Orang ramai diingatkan agar memperbaharui lesen masing-masing yang telah tamat tempoh sebelum…
Berita Domestik
Dalam satu kenyataan terbaharu yang dikeluarkan oleh Pos Malaysia, arahan tersebut berkuatkuasa…