Ulang tahun ke-40 RX-7 - pejabat pos Jepun umum koleksi terhad untuk direbut!

oleh Mohamad Hanif|
Siapa yang tidak kenal Mazda RX-7 yang popular dengan enjin rotary serta bunyi merdu yang terhasil pada putaran enjin yang tinggi?

Mazda RX-7 merupakan siri kereta sports pacuan roda belakang yang dihasilkan oleh Mazda bermula dari tahun 1978 menerusi model pertama SA22C atau lebih dikenali dengan kod FB.
Kawasaki Legend Reborn

Apa yang menarik pada kereta sports Mazda ini ialah selain daripada rekaan kereta yang tak lapuk dek zaman,ia juga menampilkan penggunaan enjin Rotary Wankel yang kompak dan ringan, akan tetapi mampu menghasilkan kuasa yang tinggi berbanding enjin biasa bersesaran yang sama. 

 


Sedar tak sedar, sudah 40 tahun berlalu sejak pengenalan model pertama Mazda RX-7 ini ke dunia. 

Bagi meraikan khazanah penting negara matahari terbit itu, Japan Post (pejabat pos Jepun) telah melancarkan beberapa koleksi bertemakan Mazda RX-7 ikon kelahiran Hiroshima itu. 
 


Kita mulakan dengan set collectibles pin tiga generasi RX-7 bermula daripada SA22C, FC3S dan FD3S yang serba comel itu. 

Harga jualan: ¥7,700 (RM282++)


Terdapat juga set bekas kad bisnes yang diperbuat daripada aluminium menampilkan logo serta warna ikonik daripada ketiga-tiga model RX-7 itu.

Harga: ¥12,800 (RM469++)
 


Selain daripada itu, terdapat model skala enjin Wankel 12A beserta transmisi yang digunakan pada SA22 bersaiz 1:6 di atas kemasan kayu dan pelindung akrilik. 

Model skala tersebut turut menampakkan model rotor yang menjadi asas kepada pembinaan enjin rotary pada bahagian sisi model enjin tersebut. 

Harga: ¥128,000 (RM4688++)


Bagi motorhead yang berprinsipkan "makan rotary, minum rotary dan tidur pun rotary" boleh mendapatkan set pinggan yang bertemakan perumah rotor serta rotor enjin Wankel. 

Menariknya, set pinggan rotor tersebut direka supaya mampu dimuatkan ke dalam set pinggan perumah rotor, menampakkan binaan keratan rentas enjin rotary yang biasa kita lihat di dalam anime Initial D. 

Mungkin set pinggan ini akan banyak menghabiskan masa di dalam almari kaca Detolf untuk ditayangkan kepada kawan-kawan ketika musim perayaan...

Harga: ¥6,500 (RM238++)

 


Dan untuk melengkapkan koleksi RX-7 di dalam rumah, tiada salahnya untuk memilih set kertas dinding yang menampilkan ketiga-tiga generasi RX-7 untuk menghiasi dinding rumah anda.

Dikatakan skala gambar tersebut diukur dengan teliti untuk menghampiri skala sebenar kereta di dalam dunia nyata. 

Harga: ¥10,000 setiap satu (RM366++)

 

Apa yang pasti, koleksi yang dikeluarkan oleh Japan Post ini memang menarik ditambah pula dengan keterdapatannya hanya eksklusif untuk pasaran Jepun sahaja. 

Cemburu pula dengan rakan-rakan yang berada di negara matahari terbit ketika ini. 

Sumber: Japanese Nostalgic Cars

Add new comment

banner articles

Berita Berkenaan

Berita Global
Koleksi terhad yang dihadkan kepada pasaran Jepun terdiri daripada pelbagai barangan collectibles…