Menurut Nissan, GSR tidak mempunyai cukup bantuan kewangan untuk meneruskan pembelian tersebut.
Urusniaga penjualan bateri itu sudah berlarutan sejak hampir setahun lalu.
Syarikat Automotive Energy Supply Corp milik Nissan itu memiliki kilang pembuatan bateri EV di US, England dan juga di Jepun.
Nissan mahu menjual syarikat itu kerana mahu memberi fokus kepada teknologi pembuatan bateri lithium yang lebih murah tetapi berprestasi tinggi.
Panasonic Corp bagaimanapun berkata syarikat milik Nissan itu tidak begitu menarik perhatian mereka walaupun ada desas desus mengatakan syarikat elektronik Jepun itu pada mula mahu membida.