Menurut Autonetmagz, perancangan tersebut timbul setelah pihak Mitsubishi Motor Krama Yudha Sales Indonesia (MMKSI) selesai melancarkan dua kenderaan edisi terhad iaitu Mitsubishi Triton Athlete dan Mitsubishi Pajero Sport Rockford Edition.
Sangkaan awal bahawa MMKSI akan membawa crossover Mitsubishi Eclipse adalah tidak benar setelah Ketua Unit Pemasaran dan Jualan MMKSI, Imam Choeru Cahya mengesahkan model tersebut tidak akan hadir pada GIIAS 2018.
Model-model global seperti Mitsubishi Mirage, Mitsubishi Delica dan Mitsubishi Outlander Sport pula dilihat sudah terlalu lama berada di pasaran dan berkemungkinan besar peluang untuk memasuki pasaran Indonesia amat tipis.
Namun, ada satu unit ujian yang telah dirakam di Australia pada dua bulan lepas menunjukkan satu imej spyshot Triton dengan rekaan muka baharu, besar kemungkinan mengadaptasi rekaan unik dynamic shield yang digunapakai pada model-model terkini Mitsubishi.
Mitsubishi Triton Athlete yang baharu sahaja dilancarkan di Indonesia
Sumber: Autonetmagz dan Motors Mega