Bagaimanapun, beliau tidak mengumumkan jumlah peratusan cukai SST yang akan dikenakan. Walaubagaimanapun menurut laporan media-media utama, SST dianggarkan kembali kepada nilai 10 peratus seperti sebelum ini.
Terdahulu, Dr Mahathir memaklumkan bahawa Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) ditukar kepada sifar peratus bermula 1 Jun ini.
Setakat ini masih tidak diketahui bagaimana perlaksanaan SST ini akan memberikan impak kepada harga jualan kenderaan.
Pada hemat Careta, tempoh masa di antara 1 Jun 2018 sehingga 1 September 2018 merupakan masa yang paling sesuai untuk mereka membeli kenderaan baharu ditambah dengan promosi sifar GST dan juga promosi sempena hari raya Aidilfitri.
Sumber: Astro Awani