Pengecualian SST: Tarikh akhir kekal 30 Jun, tempoh pendaftaran dilanjutkan hingga 31 Mac 2023

oleh Mohamad Hanif|
Kementerian Kewangan Malaysia mengumumkan pengecualian cukai SST bagi kenderaan penumpang (100 peratus untuk kereta pemasangan tempatan, 50 peratus untuk model CBU) akan berakhir pada 30 Jun ini.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Namun disebabkan masalah kekurangan cip semikonduktor yang masih lagi belum reda, sebanyak 264,000 unit kenderaan yang ditempah dalam tempoh pengecualian ini masih belum siap dipasang dan tidak dapat dibekalkan kepada pembeli.

Oleh yang demikian, kerajaan bersetuju untuk melanjutkan tempoh pendaftaran kenderaan tersebut sehingga 31 Mac 2023 bagi membolehkan pembeli yang membuat tempahan sehingga 30 Jun 2022 terus menikmati insentif pengecualian cukai ini.

Sejak diperkenalkan pada 15 Jun 2020, sebanyak 868,422 unit kenderaan telah terjual dan rakyat telah mendapat manfaat pengecualian cukai jualan berjumlah RM4.7 bilion.

Menurut Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Aziz berkata, lanjutan tempoh pendaftaran kenderaan ini merupakan satu penyelesaian titik tengah bagi mengimbangi kepentingan pengguna dan hasil cukai negara yang perlu ditingkatkan semula pasca-pandemik bagi memastikan kebajikan rakyat dan kesejahteraan ekonomi negara terus terpelihara.

Berita Berkenaan

Berita Global
Awal bulan ini, Menteri Pelancongan, Harin Fernando berkata, Sri Lanka merancang memansuhkan visa…
Berita Domestik
Penganalisis AmInvestment Bank, Muhammad Afif Zulkaplly, berkata jangkaan itu berdasarkan situasi…
Berita Domestik
Beliau berkata, Kementerian Kewangan, menerusi Bajet 2022, telah melanjutkan tempoh insentif…