Harga kereta dijangka naik berperingkat - laporan

oleh Mohamad Hanif|
Harga kenderaan dijangka akan meningkat secara beransur-ansur berdasarkan kepada lonjakan ketara dalam kos pengeluarannya serta berakhirnya tempoh pengecualian Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) pada 30 Jun lalu.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Penganalisis RHB Investment Bank Bhd, Jim Lim Khai Xhiang, berkata industri automotif ketika ini berdepan dengan kenaikan harga komponen kereta.

Beliau berkata, ini menjadikan prinsipal dan pengedar mungkin menggunakan model baharu dan versi dipertingkat untuk menaikkan harga kereta agar mereka dapat mengalihkan kos input lebih tinggi.

"Selain itu, pelanggan kini perlu menampung SST untuk kedua-dua model pemasangan tempatan (CKD) dan model import sepenuhnya (CBU).

"Tambahan lagi, reformasi duti eksais mungkin menambah harga kereta sebanyak lapan hingga 20 peratus pada 2023," katanya dalam satu nota penyelidikannya.

Khai Xhiang berkata, walau bagaimanapun, pihaknya ambil maklum bahawa pihak pengurusan bagi pengeluar kereta kebangsaan gusar kerana mereka tiada ruang mencukupi untuk menaikkan harga kereta.
 

X70


Proton Holdings Bhd (PROTON) sebelum ini menyatakan pihaknya masih bertahan untuk tidak menaikkan harga kenderaannya walaupun berdepan dengan peningkatan ketara dalam kos pengeluarannya.

Secara dasarnya, PROTON berdepan dengan lonjakan kos pengeluaran daripada bahan mentah sehinggalah logistik.

Ini membuatkan PROTON terpaksa menampung kenaikan itu tanpa memberikan bebanan kepada pembeli.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz pada 20 Jun lalu mengumumkan tarikh akhir pengecualian cukai jualan kenderaan penumpang kekal pada 30 Jun 2022, namun tempoh pendaftaran kenderaan bagi menikmati insentif pengecualian cukai itu dilanjutkan sehingga 31 Mac 2023.

Tengku Zafrul berkata, lanjutan tempoh pendaftaran kenderaan itu adalah satu penyelesaian titik tengah bagi mengimbangi kepentingan pengguna dan hasil cukai negara yang perlu ditingkatkan semula pascapandemik untuk memastikan kebajikan rakyat serta kesejahteraan ekonomi negara terus terpelihara.
 

Honda


Sementara itu, Penganalisis MIDF Amanah Investment Bank Bhd, Hafriz Hezry, berkata perubahan dalam nilai pasaran terbuka (OMV) kenderaan boleh menyebabkan harga CKD meningkat lapan hingga 20 peratus.

Beliau berkata, definisi OMV baharu difahamkan merangkumi kos jualan seperti promosi dan pengiklanan, pemasaran, waranti dan komisen melebihi kos pembuatan sebelum ini.

"Pangkalan OMV yang lebih tinggi di mana duti eksais dikenakan. Oleh itu dijangka menyebabkan kenaikan duti eksais yang dikenakan.

"Ini adalah potensi risiko kepada kos duti sektor auto dan akhirnya jumlah jualan jika diteruskan.

"Namun kami percaya bahawa kerajaan harus mempertimbangkan mekanisme rebat untuk asas OMV tambahan yang datang daripada kos berkaitan jualan, yang kebanyakannya ditanggung pemain tempatan dan akhirnya memberikan nilai tambah kepada ekonomi domestik," katanya dalam satu nota penyelidikan.

Hafriz berkata, walau apapun, sebarang perubahan hanya perlu dilakukan secara beransur-ansur untuk membolehkan pemain industri dan pasaran menyesuaikan diri dengan perubahan.

Sumber: Berita Harian

Berita Berkenaan

Berita Domestik
"Walaupun jumlah cukai itu tidak disebut, sebarang peningkatan kos akan dipindahkan kepada pengguna…
Berita Domestik
Presiden Persatuan Automotif Malaysia (MAA), Datuk Aishah Ahmad berkata, masalah kekurangan bekalan…
Berita Domestik
Menurut Datuk Aishah Ahmad, presiden Persatuan Automotif Malaysia (MAA), cadangan kerajaan itu akan…