Agensi North South Wales (NSW) Centre for Road Safety dan National Roads and Motorists' Association (NRMA) Australia telah berganding bahu memperkenalkan sistem penarafan terbaharu bagi memudahkan ibu bapa memilih kerusi kanak-kanak yang bersesuaian.
Berikut merupakan keputusan penuh ujian pelanggaran yang telah dijalankan.
Mereka telah menguji 13 model kerusi kanak-kanak yang popular di pasaran Australia dari segi perlindungan ketika kemalangan serta mudah untuk digunakan.
Ujian yang dijalankan di Crashlab Huntingwood itu terdiri daripada ujian pelanggaran dari arah hadapan, sisi serta pelanggaran serong.
Berdasarkan ujian yang telah dijalankan, Nuna Klik (gambar di atas) menerima penarafan lima bintang maksimum bagi perlindungan diikuti dengan kerusi Safe-N-Sound Kid Guard Pro yang memperoleh empat bintang bagi kedua-dua kategori perlindungan dan mudah untuk digunakan.
Menurut Menteri Kerjaraya Australia, Melinda Pavey berkata sistem penarafan terbaharu itu dijangka bakal membantu mengurangkan kekeliruan ibu bapa ketika memilik kerusi yang terbaik untuk anak-anak.
Sumber: 9News