BMW buka pendaftaran program subsidi kerusi kanak-kanak NEXTStep

oleh Mohamad Hanif|
BMW Group Malaysia baru-baru ini mengumumkan Program Subsidi NEXTStep menerusi kolaborasi dengan rakan kongsi jangka panjangnya, Safe 'n Sound.

Program ini bertujuan untuk menyediakan kerusi kereta kanak-kanak bersubsidi penuh khusus untuk ibu bapa dalam kategori B40.

Ia merupakan sebahagian daripada inisiatif BMW Safety 360°, di mana sebelum ini pihak BMW Group Malaysia telah pun menyerahkan sebanyak 300 buah kerusi kanak-kanak kepada ibu bapa di seluruh Malaysia sejak penghujung 2019 lagi.

 

NEXT Step


Menurut Pengarah Urusan BMW Group Malaysia, Hans de Visser berkata, "sejak lebih lapan tahun, inisiatif BMW Safety 360° memberikan tumpuan untuk meningkatkan tahap kesedaran serta mendorong keluarga untuk mengambil tindakan agar amalan keselamatan kereta yang lebih bertanggungjawab menjadi kebiasaan di Malaysia.

"Isu penerimagunaan yang rendah harus diatasi dengan melangkaui pendekatan bersifat verbal ataupun menerusi pemberian subsidi separa, khususnya buat komuniti yang memerlukan.

"Dengan program Subsidi NEXTStep ini, kami berhasrat untuk terus menajdikan kerusi kanak-kanak lebih mudah diakses buat ibu bapa yang lebih memerlukan.
 

NEXTStep


Ibu bapa yang bakal menimang cahaya mata atau mempunyai anak di bawah berat 36 kg boleh mendaftar di laman web Safe 'n Sound bermula 11 hingga 22 Mei 2022, dan status pendaftaran dan penghantaran kerusi akan diumumkan melalui WhatsApp.

Sementara ibu bapa yang duduk di dalam kawasan Lembah Klang akan diberikan makluman tarikh, waktu dan lokasi untuk mengambil sendiri kerusi kanak-kanak.

BMW Group Malaysia dan Safe 'n Sound memberikan subsidi penuh bagi kerusi-kerusi kanak-kanak seperti berikut:

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Lee Motors Berpindah ke Pusat Pameran Retail.NEXT Serba Baharu di Alor Setar Pusat pameran…
Berita Domestik
Antara model yang digunakan ialah BMW i7 xDrive60 M Sport dan BMW i5 eDrive40 M Sport, yang…
Berita Domestik
Pengarah Urusan BMW Group Malaysia, Benjamin Nagel berkata kejayaan BMW dalam segmen premium tidak…