Thailand laksana undang-undang kerusi kanak-kanak mulai September

oleh Mohamad Hanif|
Thailand akan menguatkuasakan penggunaan kerusi keselamatan kana-kanak (CRS) untuk kenderaan persendirian bermula 5 Sept.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Pindaan Akta Trafik Darat menetapkan kanak-kanak di bawah umur enam tahun wajib menggunakan CRS untuk mengelakkan kecederaan.

Di bawah pindaan undang-undang itu, membenarkan penggunaan CRS berharga antara 600 hingga 700 baht berbanding CRS yang harganya melebihi 10,000 baht setiap satu.

Selain itu, Thailand akan mewajibkan penggunaan tali pinggang keledar untuk pemandu dan semua penumpang depan dan belakang. Mereka yang gagal mematuhi peraturan ini boleh didenda maksimum 2,000 baht.

Bagaimanapun, pemandu, penumpang dan kanak-kanak yang mempunyai masalah kesihatan dikecualikan daripada penggunaan tali pinggang keledar, tetapi mesti mengambil langkah alternatif untuk mengelakkan kecederaan jika berlaku kemalangan.

Pindaan itu diterbitkan dalam Warta Diraja dan berkuat kuasa pada 5 Sept.

Sementara itu, Pengerusi Rangkaian Serantau Asia-Pasifik Pertubuhan Kesihatan Sedunia mengenai Keselamatan Jalan Raya, Nikorn Chamnog menggesa pihak berkuasa untuk meningkatkan kesedaran dan panduan mengenai penggunaan CRS.

Nikorn berkata Thailand mengkaji pengunaan CRS di Malaysia dan Filipina.

“Fasa awal pelaksanaan mungkin sukar kerana harga CRS yang mahal. Ia mungkin ambil sedikit masa,” katanya.

Justeru, beliau menggesa kerajaan menurunkan cukai import CRS dan mempromosikan produk tempatan.

Sumber: Bernama

Berita Berkenaan

Berita Global
Operasi yang bermula Februari itu telah meningkatkan pengeluaran kilang tersebut sebanyak 70…
Berita Global
Tahun ini, selain dari menjadi pentas persaingan antara jenama-jenama China yang mengusung model-…
Berita Global
Dibina di atas platform E-GMP, ia juga lebih kecil berbanding dengan EV6 yang sudah dijual di…