Caranya ialah pengguna perlu memuat turun aplikasi Amazon Key App dan menghubungkan akan Amazon kepada akaun Volvo On Call.
Selepas tetapan dibuat dan lokasi penghantaran didaftarkan, pengguna boleh membeli barangan di Amazon.com dan memiliih pilihan penghantaran ke lokasi kereta.
Aplikasi Amazon Key dan Volvo On Call kemudian akan memaklumkan pengguna apabila penghantaran hendak dibuat.
Pada hari penghantaran, pengguna perlu meletakkan kenderaan mereka di kawasan alamat penghantaran dan staf penghantaran akan menyerahkan pesanan dalam jangka waktu yang telah ditetapkan.
Apabila staf penghantaran selesai meletakkan barang di dalam kereta, pengguna akan dimaklumkan dan kereta sudah siap dikunci!
Hebat bukan?
Projek ini sebenarnya telah bermula di Eropah sejak 2015 melalui program di negara Nordic dan Switzerland.
Program penghantaran terus ke kereta ini adalah beberapa khidmat digital konsumer yang ditawarkan Volvo melalui platform Volvo On Call.
Pengguna servis ini boleh menghantar jadual destinasi mereka terus ke kereta, mencari lokasi stesen minyak dan bantuan untuk menjejak kereta di tapak parkir yang besar atau di jalan bandar yang mereka tidak biasa.
Bukan setakat itu, servis Volvo On Call juga boleh digunakan untuk perkongsian kenderaan di beberapa buah lokasi terpilih. Pemilik XC40 boleh meminjamkan kereta dengan ahli keluarga dan rakan tanpa perlu menyerahkan kunci kepada mereka.
Volvo On Call adalah platform kenderaan terhubung pertama untuk kereta dan ia boleh digunakan di sekitar 50 buah negara dan merangkumi 90 peratus daripada jumlah jualan global Volvo.
Penulis: Muhammad Md Tajudin