Volvo bekal 20 lori treler elektrik untuk Amazon

oleh HEZERI SAMSURI|
Volvo Trucks akan membekalkan 20 unit lori treler FH Electric untuk syarikat Amazon di Jerman dan ia dijangka akan dipandu lebih dari satu juta kilometer setiap tahun.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Penghantaran lori FH Electric itu akan dilangsungkan sehingga hujung tahun ini walaupun Volvo Trucks baharu sahaja memulakan pemasangan model elektrik itu bermula September lalu.

Menurut  Jessica Sandstrom, Timbalan Presiden Kanan untuk Pengurusan Produk Volvo Trucks (gambar di bawah), jenama itu kini mempunyai enam model elektrik yang sudah bersedia untuk ditempah.

 

 

Volvo sudah mempunyai versi elektrik untuk kebanyakan model-model terpenting mereka - Volvo FH, Volvo FM dan Volvo FMX.

Ketiga-tiga banjaran model itu akan memainkan fungsi yang penting dalam usaha Volvo Trucks untuk mencapai sasaran tahun 2030 di mana 50 peratus dari jualan keseluruhan produk mereka ialah dari varian elektrik bateri atau fuel cell.

Lori-lori elektrik itu mampu beroperasi sehingga berat 44 tan dan tiga model itu sebenarnya mewakili dua pertiga jualan syarikat tersebut.

Amazon mahu menggantikan lori-lori treler diesel mereka dengan unit elektrik dalam inisiatif syarikat US itu untuk menggunakan tenaga elektrik di dalam rantaian pengangkutannya.

 

 

Lori Volvo FH Elektrik mempunyai bateri dengan kapasiti 540 kWh dan menghasilkan 490 kW tenaga secara berterusan.

Ia mempunyai jarak gerak sejauh 300 km tetapi ia mampu pergi sehingga 500 km sekiranya ia dicaj untuk seketika pada waktu rehat tengahari.

Pemasangan trak elektrik Volvo FL dan FE Electric untuk tugasan penghantaran dalam bandar dan juga fungsi lori sampah elektrik sudah bermula di Eropah seawal tahun 2019 lagi.

Volvo VNR Electric pula sudah mula dipasang di US bermula tahun 2020.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Syarikat yang dinamakan Flexis itu menyasarkan untuk mengambil peluang peningkatan permintaan bagi…
Berita Global
Pengakhiran nadi diesel Volvo menyaksikan sebuah SUV XC90 terakhir berwarna biru dengan enjin…
Berita Global
  Volvo membangunkan Accident Ahead Alert bagi membantu pemandu mengelak pelanggaran dan…