PETRONAS, Gentari, Amazon dan AWS bakal percepat pertumbuhan tenaga bersih

oleh Danial Yasin Suhaimi|
PETRONAS, Gentari Sdn Bhd, Amazon dan Amazon Web Services (AWS) akan bekerjasama dalam usaha untuk menguatkan kemampanan dan inisiatif penyahkarbonan dalam peralihan tenaga global yang dipercepatkan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Ia selaras dengan komitmen PETRONAS untuk menyampaikan penyelesaian tenaga rendah karbon yang berpatutan sambil mengurangkan keamatan pelepasan operasinya.

Memanfaatkan kepakaran Gentari dalam penyelesaian tenaga bersih, langkah itu turut menyokong komitmen Amazon untuk mencapai pelepasan karbon bersih-sifar menjelang 2040.

Kerjasama semua pihak terlibat mencerminkan pendekatan menyeluruh ke arah kemampanan, kemajuan teknologi, dan kemajuan sosio-ekonomi, yang akan melibatkan penerokaan potensi dalam bidang berikut:

1. Gentari akan menyokong penyahkarbonan rangkaian pengangkutan India Amazon dengan kerjasama rakan kongsi perkhidmatan penghantaran pihak ketiga untuk elektrifikasi kenderaan pengangkutan mereka.

Amazon komited untuk menggunakan 10,000 kenderaan elektrik (EV) dalam rangkaian penghantaran India menjelang 2025, di mana Gentari juga akan menyediakan rangkaian dan pengurusan EV untuk rakan kongsi perkhidmatan penghantaran pihak ketiga Amazon.

2. PETRONAS dan AWS akan meneroka reka bentuk dan membina loji tercanggih yang menggabungkan teknologi canggih, robotik dan penyelesaian automasi serupa dengan yang digunakan dalam gudang dan kemudahan Amazon.

Ianya bagi skala penyelidikan sedia ada dan usaha pembangunan oleh PETRONAS untuk potensi pengeluaran minyak mikroalga, sebagai bahan mentah untuk bahan api penerbangan yang mampan.

3. Amazon bercadang untuk menilai penyelesaian bahan api alternatif dan rendah karbon PETRONAS untuk potensi integrasi dalam pelbagai bidang seperti mobiliti, aplikasi kuasa pegun, dan pengurusan karbon.

4. PETRONAS akan terus memanfaatkan teknologi Awan (cloud) AWS untuk meningkatkan penyelesaian sedia ada dan baharu.

Ia termasuk SETEL, aplikasi e-dompet pertama Malaysia untuk membeli bahan api di stesen PETRONAS, dan STEAR, penyelesaian logistik dan platform perkhidmatan berasaskan cloud dibina AWS untuk industri luar pesisir.

5. AWS akan terus meningkatkan kemahiran pekerja teknikal dan bukan teknikal di PETRONAS bagi mengukuhkan celik digital mereka melalui program AWS Training & Certification.

Ia selaras dengan komitmen AWS yang lebih luas untuk membantu membangunkan tenaga kerja terlatih secara digital untuk menguasai ekonomi digital Malaysia.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Kedua-dua syarikat global itu akan mengadaptasi strategi digital, menghasilkan pendekatan pasaran…
Sukan Bermotor
Baginda mengeluarkan kenyataan tersebut melalui akaun peribadi rasmi Instagram baginda @tunku_idris…
Informasi
Dalam kenyataan hari ini, Petronas berkata, laporan itu turut membabitkan video palsu Tengku…