Projek Flex-Fuel Prius kini sedang menjalani fasa ujian di Brazil bagi mengenal pasti ketahanan, kebolehpercayaan serta prestasi kuasa dan bakal memasuki pasaran dalam tempoh satu hingga dua tahun akan datang.
Wakil Toyota ketika ditemuduga berkata: "Projek ini bakal memacu pembangunan teknologi yang mesra alam, ditambah dengan kesiapsiagaan sistem hibrid kami bagi menggunakan bahan api yang lain seperti ethanol di Brazil"
Projek ini merupakan salah satu inisiatif daripada Cabaran Alam Sekitar Toyota 2050 yang bertujuan untuk mengurangkan kadar perlepasan karbon dioksida sebanyak 90% bermula tahun 2010 sehingga 2050.
Toyota mensasarkan penghasilan kenderaan elektik sebanyak 5.5 juta unit setahun menjelang pertengahan 2030 termasuklah kenderaan hibrid, hibrid plug-in, kereta elektrik dan juga kenderaan berasaskan fuel cell.
Menurut CEO Akio Toyoda, menjelang tahun 2025, setiap model keluaran Toyota dan Lexus bakal mempunyai pilihan sekurang-kurangnya satu model janaan kuasa elektrik.
sumber: Car and Driver