Produksi Toyota Prius C dihentikan - beri laluan kepada Toyota Corolla Hybrid

oleh Mohamad Hanif|
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Selain daripada penawaran Toyota Prius dengan reka bentuk tipikal sebuah kereta hibrid (sedan fastback), Toyota juga turut menawarkan kereta hibrid tersebut di dalam bentuk hatchback, digelar Prius C. 

Diproduksikan di Iwate Plant, Toyota Motor East Jepun, Prius C merupakan antara kereta hibrid Toyota yang paling popular di Jepun selama tiga tahun berturut-turut - daripada 2013 sehingga tahun 2015.

Namun, Prius C tidak dapat lari daripada kepupusan, apabila Toyota memutuskan untuk menghentikan penjualan model hatchback hibrid tersebut daripada pasaran untuk memberikan laluan kepada model yang lebih besar, lebih cantik dan lebih moden, Toyota Corolla Hybrid.
 


Toyota Corolla Hybrid dikuasakan oleh Hybrid Synergy Drive yang dipadankan dengan enjin 2ZR-FXE 1.8 liter kitaran Atkinson sebelum kuasa tersebut disalurkan kepada roda hadapan menerusi transmisi e-CVT. 

Dengan bantuan dua buah motor elektrik, ia mampu menghasilkan 121 hp dan daya kilas 300 Nm, manakala bacaan penggunaan bahan api pula sekitar 5.6 liter per 100 km. 

Kesemua model Corolla (termasuk varian hibrid) menerima ciri Toyota Safety Sense 2.0 yang merangkumi spesifikasi keselamatan seperti:

  • Sistem pra-pelanggaran (PCS)
  • Kawalan Pelayaran Radar Dinamik Kelajuan Penuh (Full-Speed DRCC)
  • Amaran Penukaran Laluan (LDA) dengan bantuan Stereng
  • Bantuan Pengesanan Laluan (LTA)
  • Lampu Suluhan Tinggi Automatik (AHB)
  • Bantuan Papan Tanda Jalan (RSA)

 

Berita Berkenaan

Model Terbaharu
Jika dibandingkan dengan generasi terdahulu, Toyota Aqua kini didatangkan dengan trenkuasa yang…