Kempen Servis Khas - UMW Toyota panggil semula 6,160 unit Prius 1.8 Hibrid 2009-2013

oleh Mohamad Hanif|
Dengan hampir 2.4 juta unit Prius yang terjejas di Jepun, Amerika dan juga seluruh dunia, Toyota kini mengumumkan kempen panggil semula atas risiko kenderaan terhenti dengan sendiri di tengah jalan.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Menurut syarikat Jepun itu, kes ini akan memungkinkan kenderaan kehilangan kuasa dan terhenti secara tiba-tiba tanpa sebarang amaran, walaupun sistem brek dan stereng dikatakan masih lagi mampu beroperasi ketika insiden terjadi. 

Kempen panggil semula ini turut melibatkan sejumlah 1.25 juta unit kenderaan di Jepun, 807 ribu unit di Amerika, 290 ribu di Eropah, 3 ribu unit di China dan selebihnya pasaran global, termasuklah Toyota Prius dan Auris hibrid yang diproduksikan dari Oktober 2008 sehingga November 2014.

Sehingga kini, Toyota telah menerima tiga laporan berkenaan insiden kenderaan terhenti dengan sendiri di Jepun, dan tiada kemalangan jiwa dilaporkan setakat ini. 

 


Sementara itu, UMW Toyota Malaysia memanggil kembali hampir 6,160 unit Prius 1.8 liter yang dipasang pada tahun 2009-2013 menerusi kempen Special Service (SSC) bagi menawarkan kemaskini perisian hibrid yang terpasang pada kenderaan yang terjejas secara percuma sebagai penyelesaian kepada isu baharu yang melanda. 

Walaupun setakat ini tiada kes yang serupa dilaporkan oleh para pengguna tempatan, pihak UMW Toyota ingin memastikan prestasi kenderaan di tahap yang memuaskan  dan menjamin keselamatan para pengguna. 

Para pemilik akan dihubungi oleh UMW Toyota berhubung kempen panggil semula ini dan proses kemaskini akan mengambil masa kira-kira satu jam sahaja. 

Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi talian bebas tol di 1-800-8-TOYOTA  (869682)
 

Berita Berkenaan

Berita Global
Ini kerana model baharu itu dilihat mempunyai kedudukan penderia yang hampir sama dengan model…
Berita Global
Selain daripada penawaran Toyota Prius dengan reka bentuk tipikal sebuah kereta hibrid (sedan…
Berita Domestik
Panggil semula yang diumumkan oleh Kementerian Pengangkutan Jepun itu mengatakan sistem pendawaian…