Sempena kempen ini, Petronas menawarkan kombo minuman setin Nescafe dan sebotol air mineral pada harga RM3.50. Dato' Mohd Ibrahimnuddin Mohd Yunus, Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif PDB berkata bahawa salah satu perkara yang kerap berlaku apabila kemalangan adalah disebabkan keletihan pemandu yang penat memandu pada jarak jauh yang menyebabkan mereka terlelap seketika dan ini menyebabkan kemalangan, kami di PDB mengambil inisiatif melalui kempen ini untuk mengingatkan pemandu supaya sentiasa berwaspada dan kekal terhidrat dengan tawaran kombo minuman dari kami ini'.
Berdasarkan laporan JKJR, kes kemalangan dan kematian jalan raya terus meningkat setiap tahun dengan mencatatkan lebih 500,000 kes kemalangan pada tahun 2016 berbanding 200,000 pada tahun 1997 dengan kadar kematian adalah sekitar 6,000 kes dan 7,000 angka kematian akibat kemalangan jalan raya pada tahun 2016.
Pegawai Eksekutif Bisness, Nestle Malaysia, Kumaran Nowuram pula berkata 'Adalah penting untuk menyegarkan diri semasa pemanduan jarak jauh, tumpuan harus diberikan sepenuhnya setiap pemanduan dan sebagai jenama kopi terkemuka di Malaysia, Nescafe berbangga untuk bekerjasama dengan Petronas dan JKJR untuk menggalakkan keselamatan jalan raya melalui inisiatif ini'.
Kerjasama PDB bersama Nestle dan JKJR adalah kesinambungan usaha ke semua pihak untuk mewujudkan masyarakat yang prihatin dengan isu-isu keselamatan. Sebelum kempen ini, PDB juga telah melaksanakan kempen Coffee Break sejak tahun 1998. Ia merupakan sebahagian dari program CSR keselamatan jalan raya utama PDB semasa musim perayaan seperti Tahun Baru Cina, Hari Raya, Hari Kaamatan dan Gawai.
Kombo Stay Alert, Stay Hydrated ini boleh didapati di lebih 700 stesen Petronas dengan Kedai Mesra sehingga 31 Disember 2018. Untuk maklumat lanjut mengenai promosi dan kempen, sila layari www.mymesra.com.my