Petronas beri amaran scam pelaburan palsu guna nama CEO, syarikat tanpa kebenaran

oleh Penyumbang Rencana|
Petroliam Nasional Bhd (Petronas) berkata ia mengambil maklum mengenai satu lagi penipuan (scam) pelaburan secara dalam talian yang kini tersebar di WhatsApp, melibatkan penggunaan tanpa izin bagi nama dan logo syarikat, serta nama Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Tan Sri Tengku Muhammad Taufik Tengku Aziz.

Menurutnya, mesej itu termasuk laporan berita palsu daripada The Star bertajuk Special report: Petronas opens joint investment platform with government support! dan mengetengahkan skim yang menjanjikan pulangan melalui pelaburan mingguan dalam operasi kerajaan yang berkaitan pengeluaran gas asli cecair (LNG).

Dalam kenyataan hari ini, Petronas berkata, laporan itu turut membabitkan video palsu Tengku Muhammad Taufik, dengan imej dan suaranya dimanipulasi menggunakan perisian kecerdasan buatan.

Laporan polis telah dibuat mengenai perkara berkenaan, katanya.

Sementara itu, pihak pengurusan Petronas menegaskan tiada platform pelaburan sedemikian daripada Petronas dan menggesa orang ramai supaya tidak memberi respons kepada skim pelaburan palsu ini. 

 

Bernama

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Menurutnya, oleh sebab itu tidak semua hasil syarikat minyak negara itu boleh digunakan sesuka hati…
Berita Domestik
"Sejak 2014 hingga 2015 lagi, sudah ada penerimaan hakikat bahawa Malaysia menjadi pengimport…
Berita Domestik
"Langkah ini sangat membantu rakyat dan negara,” kata Anwar menerusi video taklimat ringkas pada…