Kedua-dua tayar berkenaan dihasilkan bagi kegunaan standard untuk Perodua Myvi 1.3 liter dan Lexus LC500 baharu.
Masing-masing memiliki kelebihan tersendiri (mengikut kegunaan).
Untuk makluman, Ecopia EP150 dilengkapi kompaun tayar unik bagi menjayakan keseimbangan tiga elemen penting termasuk penggunaan minyak, keselamatan dan ketahanan.
(Imej Ecopia EP150 yang bakal digunakan sebagai tayar standard bagi Perodua Myvi 1.3 liter baharu)
Berikut disenaraikan kelebihan dimiliki Ecopia EP150 untuk pertimbangan pengguna:
• Prestasi membrek hebatExcellent braking performance
• Menjimatkan penggunaan minyak (kos efisien)
• Mengurangkan bunyi ketika pemanduan untuk keselesaan pengguna
• Tayar lebih tahan lama (lambat haus)
• Memiliki cengkaman yang baik untuk pengendalian luar biasa terutama di laluan berbahaya dan basah
(Gambar di atas menunjukkan Potenza S001L RFT)
Beralih ke Potenza S001L RFT pula, ia dilengkapi teknologi kawalan haba dikenali sebagai RFT yang membolehkan pengguna memandu melebihi jarak sejauh 80 kilometer ketika tayar tersebut bocor atau tekanan angin berkurangan.
Tidak terhad di situ sahaja, tayar berkenaan turut memiliki kelebihan lain seperti:
• Mempamer prestasi terbaik ketika kenderaan dipandu lajuHigh speed performance
• Memiliki tahap kawalan cengkaman hebat sama ada di laluan basah atau kering.
• Pemanduan lebih selesa (gegaran kurang dirasai)
Sebagai permulaan, Bridgestone Malaysia menyediakan pilihan saiz 175/65R14 82 T untuk Ecopia EP150 dan dua saiz bagi Potenza S001L RFT seperti 245/40RF21 serta 275/35RF21.
Maklumat lanjut mengenai harga yang ditawarkan bagi kedua-dua model tayar baharu berkenaan boleh didapati menerusi laman web rasmi Bridgestone Malaysia di www.bridgestonetyre.com.my.