Percubaan dua Alphard seludup tayar kereta mewah bernilai RM41,400 digagalkan!

oleh Penyumbang Rencana|
gambar dari Sinar Harian
Pengarah Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Johor, Sazali Mohamad membuat kenyataan tentang percubaan penyeludupan tayar kereta mewah yang diimport oleh dua kenderaan pelbagai guna Toyota Alphard di Taman Cemerlang Lancar, Senai, Johor Bahru pada 26 September lalu telah berjaya digagalkan.


Pasukan penguatkuasa JKDM Johor mengekori kedua-dua MPV berkenaan telah ditahan di Kompleks Sultan Abu Bakar (KSAB), Gelang Patah pada jam 10 malam.
KTM aspiRC MREC Banner Campaign October 2023
HONDA CITY MREC Banner Campaign November 2023

 

Anggota Bahagian Penguatkuasaan Sungai Pulai, JKDM Johor yang melakukan pemeriksaan ke atas dua MPV berkenaan mendapati tayar pelbagai jenama dan saiz disumbat dalam kenderaan itu.


Terdapat 69 tayar baharu pelbagai jenama dan saiz dipercayai tidak berkastam yang diimport dari luar negara dalam kedua-dua MPV berkenaan.


Menurut Sinar Harian, dalam sidang akhbar di Menara JKDM Johor di sini pada Ahad, Sazali berkata bahawa tayar yang diseludup adalah tayar bagi kenderaan mewah dengan saiz 19 inci ke atas.


Beliau berkata, anggaran nilai tayar baharu yang disita ini adalah RM41,400 manakala jumlah duti atau cukai yang terbabit RM19,500.


Sindiket penyeludupan itu menggunakan modus operandi dengan menyeludup masuk sejumlah dagangan tayar baharu pelbagai jenama dan saiz dari negara jiran tanpa sebarang pengikraran.


"Mereka akan membawa barangan ini melalui laluan penumpang di pintu masuk negara dekat selatan tanah air," ujar beliau.


Turut disita adalah kedua-dua Toyota Alphard yang bernilai RM80,000.


Kedua-dua pemandu MPV yang berusia antara 36 hingga 41 tahun itu kemudian ditahan bagi siasatan lanjut mengikut Seksyen 135(1)(e) Akta Kastam 1967 kerana mengangkut barang larangan tidak berkastam.

 

 

 

Sinar Harian

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Pemangku Pengarah Kastam Kelantan, Koh Joo Kai berkata, hasil soal siasat membawa kepada penemuan…
Informasi
"SPRM baru menerima maklumat berkaitan kegiatan sindiket ini daripada sumber dan masa sama siasatan…
Berita Domestik
Katanya, kesemua suspek lelaki berusia lingkungan 30 hingga 60-an telah ditahan di pejabat SPRM…