Michelin perkenal tayar terbaharu untuk trak pikap dan SUV - Michelin LTX Trail

oleh SALINA JALIL|
Michelin lancarkan tayar Michelin LTX Trail di Malaysia iaitu tayar yang dirumus khas bagi jentera pikap tinggi (high-rise pickup) dan SUV.


Tayar ini memberikan jangka hayat dan keupayaan keselamatan yang berjangka lebih panjang dengan prestasi pembrekan basah yang cemerlang walaupun dipakai lama, berserta dengan paras bunyi hingar interior yang lebih rendah untuk menjamin pemanduan yang menyelesakan.

 

Oliver Biggart, Pengarah Urusan Michelin Malaysia, Singapura dan Brunei berkata, “Michelin ditunjangi oleh kegiatan inovasi untuk membolehkan orang ramai bergerak dengan bebas, selamat, sekali gus menjurusi kehidupan yang lebih berkualiti. 

 


Michelin LTX Trail baharu merupakan tayar yang tepat bagi SUV yang semakin meraih populariti, pasarannya juga diunjurkan bakal berkembang sebanyak 5.6 peratus dari tahun ke tahun, iaitu dari 2021 hingga 2026. 


Ia sempurna bagi pengguna yang memiliki pikap tinggi 4x2 dan 4x4, serta SUV seperti Toyota Hilux, Toyota Fortuner dan Nissan Navara, tayar ini juga sesuai bagi mereka yang perlu bergerak dari jalan raya biasa ke luar jalan raya (off road) atas tujuan kerja mahupun riadah. 

 

Oleh kerana Michelin LTX Trail dirumus untuk pelbagai kegunaan, kadar pemanduan sebanyak 80 peratus di atas jalan raya dan 20 peratus di luar jalan raya adalah disarankan.” 

 

“Kami yakin bahawa Michelin LTX Trail baharu mampu membekalkan pengalaman pemanduan yang selamat dan menyelesakan di atas pelbagai jenis permukaan jalan – termasuk bagi kegunaan di dalam kawasan bandar, jalan yang basah, lebuh raya, serta off road pada tahap kekerapan yang rendah hingga sederhana,” ujar Biggart.
 

 

Tiga kelebihan utama Michelin LTX Trail ini adalah:  

 

i. Kadar perbatuan yang lebih tinggi iaitu 41 peratus disebabkan rekabentuk RallyForce2 Tread Compound yang membekalkan daya tahan yang lebih cemerlang serta hayat servis yang maksimum bagi kegunaan di atas dan di luar jalan raya. 

 


Ia turut menampilkan reka bentuk bunga tayar yang baharu dengan Biting Shoulder yang melapisi bahagian bunga hingga ke dinding sisi, bertujuan untuk melindungi dinding sisi tayar tersebut daripada kerosakan selain menjamin kecemerlangan dari segi prestasi dan cengkaman di luar jalan raya. 

 


ii. Keselamatan jangka panjang, walaupun setelah mengalami kehausan, dengan Variable Thickness Sipes yang menyediakan tapak temu (contact patch) yang dinaik taraf demi prestasi pengendalian, cengkaman, dan pembrekan yang lebih baik. 


Di atas jalan raya yang basah, apabila dibandingkan dengan pesaing-pesaing premiumnya, Michelin LTX Trail mampu berhenti dalam jarak 3.1 meter lebih pendek dalam keadaan baharu, dan 4.6 meter lebih pendek setelah mengalami kehausan.  


Di atas jalan raya yang kering, dalam keadaan baharu, ia mampu berhenti dalam jarak 3.8 meter lebih pendek.  

 


iii. Paras tekanan bunyi 19.8 peratus lebih rendah,  direalisasikan oleh Duo-Harmony Blocks yang membawakan dua bentuk blok yang berbeza pada bahagian tengah bunga tayarnya, ia menyebarkan tenaga bunyi corak bunga merentasi spektrum yang lebih luas, lantas membekalkan pengalaman pemanduan yang lebih senyap dan menenangkan.

 

 

Di Malaysia, Michelin LTX Trail kini didatangkan dalam sembilan saiz, dengan dimensi rim dalam lingkungan antara 15 dan 18 inci, di pusat wakil pengedaran Michelin yang bertauliah di seluruh negara. Untuk maklumat lanjut, sila layari https://www.michelin.com.my/auto/tyres/michelin-ltx-trail.

Berita Berkenaan

Berita Global
Goodyear baru-baru ini membangunkan produk tayar bukan pneumatik tanpa udara yang dikhususkan untuk…
Berita Domestik
Tayar terbaharu Assurance MaxGuard SUV ini direka khusus untuk barisan SUV seperti Honda CR-V,…
Berita Global
  Sempena ulang tahun ke-150, Continental ada sesuatu yang istimewa untuk anda dan penghargaan…