Terbaharu, pelumba digelar 'The Maniac Joe' itu bakal turun pada saingan Kejuaraan Mosikal Dunia (MotoGP) di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) tidak lama lagi.
Bercerita serba sedikit mengenai helmet edisi khas itu, ia berupaya meredah tamparan angin pada kelajuan 322 kilometer sejam (kmsj).
Memetik Iannone sebagai berkata kepada sebuah portal automotif antarabangsa, dia begitu teruja menjadi sebahagian daripada keluarga besar HJC.
"HJC dikenali dengan tradisi penawaran helmet perlumbaan berkualiti, ia merupakan jenama berpengaruh pilihan MotoGP.
"Saya gembira dengan pelantikan ini dan berharap dapat mempamer komitmen terbaik untuk jangka masa yang panjang," katanya.
Dalam perkembangan sama, jurucakap HJC berkata, pihaknya memilih Iannone selaku duta produk kerana percaya pada bakat dan kesungguhan pelumba itu untuk menang dalam setiap perlumbaan yang disertai.
Terdahulu, HJC menegaskan pihaknya turut menawarkan helmet replika bagi HJC RPHA 11 Pro untuk peminat setia jenama tersebut.