Menerusi program tersebut, BMW Malaysia bakal mengetengahkan pengalaman inovatif dan mewah untuk penggemar jenamanya di Kuala Lumpur.
Careta dimaklumkan penganjuran program yang pertama seumpamanya itu akan memfokuskan aspek keinginan, pengalaman eksklusif dan kemewahan yang progresif.
Menurut jurucakap BMW Malaysia, penawaran ciri kemewahan sesebuah kenderaan di dalam aspek pembangunan merupakan hasil kepakaran yang tiada tolok bandingnya.
"Tulen dan menarik perhatian; kemewahan moden pastinya datang dari kekayaan tradisi dan semangat perintis yang merupakan asas kepada pengetahuan mendalam, menuntut bakat inovasi serta pengalaman bertahun lamanya.
"Justeru, kita (BMW Malaysia) berbesar hati untuk berkongsi visi kemewahan yang tersendiri. Pengalaman ini akan membawakan emosi yang didefinisikan sebagai estetik, penuh inspirasi, menawarkan keseronokan memandu selain bebas menyerlahkan sifat individualiti tersendiri," ujar jurucakap tersebut menerusi satu kenyataan kepada Careta sebentar tadi.
BMW Malaysia memberikan jaminan bahawa sebarang maklumat lanjut mengenai program berkenaan akan dikemaskini dari masa ke semasa.
Terdahulu, Careta suka untuk memaklumkan bahawa strategi BMW Efficient Dynamics bukan satu strategi baru bahkan sudah dijalankan BMW Malaysia sedekad (10 tahun) lalu lagi.
Secara ringkas, aplikasi strategi tersebut digerakkan ciri teknologi termaju yang memberikan tumpuan kepada aspek penjimatan minyak, seiring dengan sasaran menjadikan produk keluaran BMW Malaysia lebih mesra alam sekitar.