Kump. BMW guna komponen daripada jala ikan yang dikitar semula

oleh Muhammad Md Tajudin|
Komponen plastik diperbuat daripada jala perikanan
Komponen plastik diperbuat daripada jala perikanan
Selepas mengumumkan penggunaan sumber tumbuhan (vegan) untuk bahagian dalam kereta, Kumpulan BMW memaklumkan mahu menggunakan komponen plastik yang diperbuat daripada jala dan tali perikanan.

Satu tindakan yang tepat dan apa jadi jika jala, pukat atau tali dibuang dan hanyut ke laut? Semestinya boleh mengancam ekosistem haiwan di laut mahu pun di udara.

Kumpulan BMW mahu menggunakan bahan kitar semula tersebut di dalam komponen plastik pada model NEUE KLASSE (kelas baharu) yang akan dilancar bermula dari tahun 2025.

Komponen plastik itu dibuat menggunakan sekitar 30 peratus bahan mentah daripada jala dan tali perikanan yang dikitar semula.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
Komponen plastik diperbuat daripada jala perikanan

 

Bahan tersebut akan diperolehi dari pelabuhan serata dunia supaya ianya tidak dibuang ke laut dan mengurangkan penggunaan plastik berasaskan petroleum.

Usaha sebegini bukan baharu, BMW iX dan BMW X1 misalnya menggunakan alas kaki yang diperbuat daripada nilon kitar semula.

Bahan tersebut yang dikenali sebagai ECONYL dibuat daripada jala ikan, sisa pengeluaran plastik dan penutup lantai terpakai.

 

Komponen plastik diperbuat daripada jala perikanan

 

Inisiatif terbaru bagi menggunakan sisa buangan perikanan dibuat dengan kerjasama PLASTIX, sebuah syarikat dari Denmark. 

Seperti biasa, ianya memerlukan beberapa peringkat dan selepas proses pemisahan, jala dan tali perikanan melalui satu lagi proses inovatif bagi menghasilkan butir atau bijian plastik.

Proses kitar semula plastik lautan untuk kegunaan automotif sebelum ini melibatkan penghasilan semula dalam bentuk gentian bagi menghasilkan komponen baharu.

Proses terbaru ini pula berbeza di mana bahan yang dikitar semula itu digunakan di dalam proses pengacuan suntikan (injection moulding).

 

Komponen plastik diperbuat daripada jala perikanan

 

Bahan mentah yang dibuat dengan cara ini boleh menghasilkan komponen yang terdiri daripada sekitar 30 peratus plastik buangan lautan.

Segala proses yang terlibat bermula dari penyumberan jala dan tali akhirnya boleh dilihat pada komponen yang dipasang pada bahagian luar dan dalam kereta.

Satu lagi faedah inisiatif ini ialah jejak karbon yang dihasilkan 25 peratus lebih rendah berbanding plastik yang dikeluarkan secara konvensional.

Penulis: Muhammad Md Tajudin

 

Komponen plastik diperbuat daripada jala perikanan

 

Tags

Berita Berkenaan

Berita Global
MINI Cooper generasi baharu ini dibina berdasarkan platform Spotlight EV yang dibangunkan menerusi…
Pelancaran
Model ini hadir dalam warna MINI Yours Enigmatic Black dengan kemasan Energetic Yellow pada bilah…
Berita Global
Merangkumi sehingga 44 lokasi, perjanjian tersebut menandakan bahawa jenama cat premium seperti…