MINI Elektrik Edisi Pertama dilancarkan,15 unit sahaja untuk pasaran tempatan

oleh SALINA JALIL|
BMW Group Malaysia kini memperkenalkan edisi pertama MINI Elektrik yang lebih eksklusif. Ia ditawarkan pada harga RM238,380.78 dan terhad kepada 15 unit sahaja.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Model ini hadir dalam warna MINI Yours Enigmatic Black dengan kemasan Energetic Yellow pada bilah hadapan dan cermin sisi dan warna hitam pada bumbung panoramik. Sebagai alternatif, ia juga boleh didapati dalam warna White Silver.

Ia juga didatangkan dengan Lights Package yang merangkumi lampu hadapan Matrix LED dan lampu belakang LED dengan grafik Union Jack, beserta lencana First Edition.

 

Mini ini diberikan rim bersaiz 17 inci dalam dwitona MINI Electric Power Spoke melengkapan gaya eksklusif hatchback elektrik ini.

Ruang dalaman kabin pula menampilkan upholsteri kulit MINI Yours Walknappa Leather dan tempat duduk berwarna hitam.

 

Kelengkapan standard terdiri daripada penyaman udara automatik dua zon, pencahayaan ambien iluminasi 12 warna, sistem navigasi 8.8 inci dengan aplikasi MINI Connected yang lengkap, sistem audio berjenama Harman Kardon dengan 12 pembesar suara dan pengecas tanpa wayar.

Seperti Cooper SE, MINI Electrik edisi pertama ini dikuasakan oleh motor elektrik yang menjana 184 hp (135 kW) dan daya kilas sebanyak 270 Nm. Ia dikatakan menggunakan 16.8 – 14.8 kWj bagi setiap jarak perjalanan berjumlah 100 km.

 

Dari segi prestasi, model ini mampu memecut dari 0 hingga 100 km/j dalam 7.3 saat sebelum mencapai kelajuan maksimum 150 km/j. Jarak pemanduan yang ditawarkan adalah sejauh 234 km mengikut kitaran WLTP atau 270 km mengikut NEDC.

 

Ia turut dilengkapi dengan bateri berkapasiti 28.9 kWh, jentera ini boleh dicas dari kapasiti sifar sehingga 80 peratus dalam 36 minit melalui stesen pengecasan DC, dua jam setengah melalui MINI Wallbox Plus atau 12 jam dengan menggunakan kabel pengecasan kontingensi berwarna kuning yang didatangkan bersama kenderaan tersebut.

mini E 1

 

mini E 2

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Sejak diperkenalkan buat pertama kalinya di Malaysia pada 2011, MINI Countryman telah mendapat…
Berita Domestik
Pelanggan yang membuat pembelian jentera MINI baharu akan dapat menikmati kadar faedah serendah 0.…
Kereta
Ruang ekzos digunakan untuk mengisi bateri 32.6 kWh dan kerana Mini ialah sebuah kenderaan yang…