Pratonton Porsche Cayenne generasi ketiga - anggaran harga dari RM790k.

oleh HEZERI SAMSURI|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Sime Darby Auto Performance (SDAP) hari ini mempamerkan SUV mewah mereka, Cayenne generasi ketiga.

Bukan setakat fizikal, perubahan juga berlaku secara menyeluruh dan Cayenne ini 65 kilogram lebih ringan dari Cayenne generasi sebelumnya.

Itu bukan calang-calang ya kerana ia umpama berat seorang penumpang!

 

 

Hadir dalam dua varian, kesemuanya menggunakan transmisi Tiptronic S automatik 8-kelajuan.

Varian-varian tersebut ialah:

  • Cayenne dengan enjin 3.0L V6 turbo, menghasilkan 340 hp (40 hp lebih dari model terdahulu).
  • Cayenne S V6 Twin Turbo didatangkan dengan enjin 2.9L V6 Biturbo dengan 440 hp, naik 20 hp dari Cayenne S dahulu. Ia juga mempunyai halaju maksimum 265 kmsj, sahaja dan memecut dari 0 ke 100 kmsj dalam masa kurang dari lima saat. Kelengkapan optional ialah Pakej Sport Chrono.

Akan datang ialah Cayenne Turbo, mungkin akan dilancarkan dalam suku ketiga tahun ini sekiranya ada permintaan.

 

 

Satu perkara yang menarik akan Cayenne baharu ini ialah ia mengambil banyak teknologi dari kereta ikonik mereka, 911.

Antaranyan ialah gabungan dua jenis tayar (depan dan belakang) serta stereng pada gandar belakang.

Pacuan 4-roda atau AWD ialah alatan standard, begitu juga dengan Porsche 4D Chassis Control, sistem gantungan udara tiga-kebuk, Porsche Dynamic Chassis Control (PDCC) dan Porsche Surface Coated Brake, teknologi brake terkini dari jenama premium Jerman ini.
 

 

Porsche Cayenne generasi ketiga ini sudah boleh ditempah dan anda cuma perlu hubungi nombor-nombor di bawah untuk maklumat penempahan.

  • Porsche Centre Glenmarie - 03-5030 9911
  • Porsche Centre Sungai Besi - 019 - 675 9911
  • Porsche Centre Pulau Pinang - 019-400 9911

Anggaran harga untuk Cayenne generasi ketiga ini bermula dari RM790k untuk Cayenne enjin V6 Turbo dan RM940k untuk varian Cayenne S dengan enjin V6 Twin Turbo.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Lokasi itu terletak di dalam kawasan ladang sawit berhampiran dengan sebuah kampung yang terletak…
Berita Global
Secara teknikal, Taycan Turbo GT menghasilkan 777 HP dan 1,339 Nm, namun ia boleh dipertingkatkan…
Berita Global
Namun tahukah anda, menjelang tahun akhir produksi model tersebut, Porsche membuat keputusan untuk…