Walaupun industri motosikal secara global mengalami kejatuhan dari segi jualan dan keuntungan, pembuat motosikal UK, Triumph nampaknya langsung tidak terlibat, malah ia semakin mara ke hadapan.
Syarikat motosikal British itu mencatatkan pertumbuhan sebanyak 48 peratus untuk keuntungan sebelum cukai, iaitu dari £16.6 juta kepada £24.7 juta.
Laporan kewangan syarikat tersebut yang berakhir pada Jun 2017 menunjukan jualan semakin meningkat, dari 56,253 unit dalam tahun terdahulu kepada 63,404 unit.
Dari jumlah itu, 86 peratus ialah jualan dari pasaran luar UK.
Triumph kini memegang pasaran motosikal berenjin di atas 500cc di UK dan model Bonnevile serta variannya menjadi model ketiga paling popular di UK dalam kategori di atas 125cc.