
Semangat dan sejarah kereta itu diraikan firma reka bentuk automotif Makkina dengan menghasilkan kereta elektrik konsep Triumph TR25.
Makkina yang ditubuhkan di London oleh Michael Ani juga meraikan ulang tahun penubuhannya yang ke-25.
Makkina membawa TR2 MVC575 ke dunia hari ini dan tidak meninggalkan identiti asal seperti rekaan lampu depan yang menjadi identiti model sport Triumph selepas itu.
Bentuk badan kereta juga dibuat aerodinamik dan dilengkapi kerusi tunggal dan pilihan kerusi jump seat untuk penumpang.

Apa yang menarik ialah Triumph TR25 by Makkina menggunakan platform kereta elektrik BMW i3S dan membolehkannya mempunyai nisbah pembahagian berat hampir 50:50.
Sebagai rujukan BMW Group adalah pemilik jenama Triumph dan projek ini melibatkan platform dan jenama kepunyaan konglomerat Jerman itu.
Bahagian dalam TR25 tampil minimalis dengan meter dan butang kawalan ringkas. Meter digital memaparkan maklumat penting seperti kelajuan, tahap cas dan jarak bateri.

Stereng dibuat dengan pengaruh Jabbeke TR2 dan mempunyai akses kepada mod pemanduan, data dan sistem navigasi.
Sebagai sebuah kereta elektrik dan walaupun menggunakan platform BMW i3S, kedua-duanya mempunyai spesifikasi berbeza.
Contohnya, BMW i3S boleh dipandu sehingga 282 km manakala TR25 lebih jauh dengan jarak 305.7 km.

Kedua-dua kereta menggunakan bateri 42.2 kilowatt-jam (kWj) dengan kuasa yang sama iaitu 135kW (184 bhp) dan tork 270Nm.
Apa yang berbeza ialah perkakasan dan TR25 jauh lebih ringan iaitu 1,095 kilogram (kg) berbanding 1,290 kg pada BMW i3S.
Spesifikasi Triumph TR25 by Makkina:
- Panel badan: Gentian karbon
- Casis: Tab gentian karbon, struktur aluminium, pendakap kokpit gentian karbon
- Ukuran (mm): 4,032 (P), 1,826 (L), 1,045 (T)
- Berat: 1,095kg
- Bateri: BMW i3S, 42.2kWj
- Pacuan: Belakang
- Pecutan 0-100 km/j: 5.2 saat
- Kelajuan maksimum: 185 km/j
- Kuasa: 135kW (184 bhp), tork 270Nm
- Jarak pemanduan: 190 batu (305.7 km)
- Rim: 21 inci
- Tayar: Pirelli P Zero 255/35
- Cakera brek (mm): 300 (depan, ventilated), 300 (belakang)
Penulis: Muhammad Md Tajudin
