Dipertontonkan semasa pameran EICMA 2017 di Milan baru-baru ini, tidak ada lagi spesifikasi teknikal tetapi ia sepatutnya lebih berkuasa dari skuter paling mewah Kymco, AK 550.
Dari gambar-gambar ini, kotak belakang nampaknya boleh diubah dan ia boleh menjadi single atau two-seater.
Bahagian hadapan sudah menampakkan ciri-ciri tourer Jerman dengan kepala yang besar dan paruh itik yang sinonim dengan sebuah jenterea ADV paling popular di dunia, BMW GS.
Pada pendapat Careta, rekabentuk motosikal mewah seperti K16 oleh BMW dan konsep skuter ini sudah menampakan satu ciri-ciri yang sedikit jelik - terlalu banyak panel plastik.
Kita tunggu sahaja nanti samada Kymco akan menjadikan ia model produksi atau tidak.
Sementara itu, Kymco masih lagi perlahan di dalam pasaran tempatan. Mungkin kerana rakan kongsinya masih menggapai-gapai mencari daratan sebelum lemas di lautan bersama bahtera mereka yang tidak pasti untuk ke lautan sebelah timur atau ke barat.