X-ADV, ada kawan dari Taiwan bakal muncul!

oleh HEZERI SAMSURI|
Kejayaan Honda dengan skuter maxi gaya lasak X-ADV memang sahih tidak akan dibiarkan begitu sahaja.

Nampaknya pesaing terbaharu bakal hadir dari Taiwan, iaitu dari Kymco - pembuat skuter termasyhur dari negara kepulauan itu.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menurut video acah (teaser) dari Kymco, ia akan melancarkan sebuah skuter maxi yang mampu meredah segala jenis permukaan, termasuk jalan tidak berturap, tepian pantai dan lain-lain.

Walaupun tidak dinyatakan skuter apa yang dimaksudkannya, video itu jelas memberi isyarat bahawa sebuah skuter dual-purpose akan dilancarkan dalam masa terdekat.

 

 

Menurut beberapa laman web, model baharu itu mungkin akan menggunakan enjin 550cc kembar selari seperti dari enjin skuter konsep Kymco CV2 (gamabr di atas).

Diharapkan agar rakan kongsi Kymco di sini, Modenas akan mencuba membawa masuk jentera dual-purpose itu dan harapan penulis juga agar Yamaha bangkit dari tidurnya dan menghasilkan lebih banyak skuter-skuter maxi yang menarik.

Di bawah ialah video acah untuk produk tersebut.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Yang mencuri tumpuan sudah pasti skuter kembara Kymco CV-L6.   Seperti yang anda lihat, Kymco CV-…
Berita Global
  "Untuk motosikal elektrik, prasaranan mengecaj akan diselesaikan oleh syarikat-syarikat kereta…
Pelancaran Motosikal
Walaupun RevoNEX pada asasnya merupakan sebuah motosikal elektrik, Kymco telah melengkapkan kotak…