CEO Kymco - motosikal elektrik perlu LEBIH BAGUS

oleh HEZERI SAMSURI|

Ketua Pegawai Eksekutif untuk syarikat motosikal Kymco, Allen Ko berkata motosikal elektrik jenama tersebut, RevoNex yang bakal dijual dalam tahun 2021, akan mempunyai kuasa untuk menyebabkan revolusi di dalam arena motosikal.

Menurut Allen, apa yang perlu dilakukan ialah mengasingkan motosikal elektrik dengan skuter elektrik.

"Skuter elektrik hanya memberi fokus untuk menjadi solusi lengkap kerana ia tidak memerlukan infrastruktur seperti stesen pengecaj," terangnya.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024
Allen Ko

 

"Untuk motosikal elektrik, prasaranan mengecaj akan diselesaikan oleh syarikat-syarikat kereta dan tugas syarikat motosikal ialah untuk menjadikan motosikal elektrik berfungsi dan menjadi idaman ramai."

Allen berkata adalah lebih mudah untuk menjual sesuatu yang didambakan, contohnya satu produk yang premium dan terbaik. 

Dalam kes motosikal elektrik, ia perlu menjadi produk yang lebih baik dari motosikal enjin biasa.

 

 

Untuk model RevoNex dari Kymco, ia akan menggunakan transmisi 6-kelajuan dengan quickshifter dan "autoblipper". Ini bermakna walaupun ia elektrik, anda boleh menukar gear seperti sebuah superbike.

"Tapi jika anda mahu, anda boleh masuk gear tiga dan tunggang motosikal elektrik ini seperti sebuah skuter (tidak perlu tukar gear)!," tambah Allen.

"Ramai yang melihat motosikal elektrik dan teruja tetapi tidak ada yang mahu membelinya. Kami cuba untuk mengubah situasi tersebut.

"Teknologi memang sukar dijual tetapi lebih sukar lagi ialah untuk menjual perubahan minda," kata Allen.

Memang benar kerana penggunaan kenderaan EV memerlukan perubahan pada cara penggunaan kenderaan dan ada batasan yang berbeza.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Yang mencuri tumpuan sudah pasti skuter kembara Kymco CV-L6.   Seperti yang anda lihat, Kymco CV-…
Berita Global
Menurut video acah (teaser) dari Kymco, ia akan melancarkan sebuah skuter maxi yang mampu meredah…
Pelancaran Motosikal
Walaupun RevoNEX pada asasnya merupakan sebuah motosikal elektrik, Kymco telah melengkapkan kotak…