Platform MEB milik VW itu sangat sesuai untuk kenderaan elektrik (EV) dan kerana ia fleksibel, ia boleh menjadi pacuan roda depan, belakang atau semua roda.
Sebenarnya, dengan teknologi bateri, kereta EV tidak perlu mengikut bentuk kenderaan sekarang kerana enjin tidak perlu wujud dan ia membebaskan ruang hadapan dan belakang.
Masalah dengan kereta EV sekarang ialah ia menggunakan konsep rekabentul yang terlalu modern dan terlalu “spaceship”.
Pengguna memerlukan masa untuk membiasakan diri dengan kenderaan EV yang mempunyai bentuk yang berlainan.
Kenderaan hybrid sepenuhnya juga masih mempunyai masalah rekabentuk yang terlalu “geek” dan hanya disukai oleh mamat-mamat komputer.
Toyota Prius, Hyundai Ioniq dan Honda Insight adalah contoh kenderaan hybrid sepenuhnya di mana mereka tidak ada varian enjin biasa.
Bukan semua orang minat rekabentuk dari planet.