Volkswagen siar gambar acah Golf R Mk8.5 facelift

oleh Mohamad Hanif|
Setelah beberapa hari Volkswagen melancarkan Golf 2024 versi facelift, pengeluar itu kini memperlihatkan pula hot hatch paling pantas yang bakal muncul kelak, iaitu Golf R 2024.
MINI MREC Banner Campaign February 2025 - Week 2

Hot hatch pacuan semua roda itu dilihat memakai pelekat samaran dengan corak peringatan '50 years of Golf'.

Disebalik pelekat samaran tersebut, ternyata Golf R bakal membawakan beberapa ciri yang unik, yang paling jelas kelihatan ialah rekaan bampar hadapan yang lebih garang tanpa jeriji sarang lebah, diikuti dengan set rim hitam yang jauh lebih sporti.
 

golf


Sama seperti Golf standard dan Golf GTI, Golf R juga bakal diberikan kemaskini pada ruang kabin, termasuklah sistem infotainmen baharu dan pengenalan semula butang fizikal yang sebelum ini dikecam hebat oleh golongan pengguna.

Volkswagen tidak mendedahkan perincian trenkuasa yang digunakan, namun sebagai perbandingan, enjin EA888 2.0 liter turbo yang duduk dalam Golf R 333 edisi terhad sebelum ini mampu menjana kuasa setinggi 328 hp dan pecutan 0-96 km/j dalam masa 4.6 saat.
 

Golf


Namun apa yang pasti, Golf R 2024 tidak lagi dibekalkan dengan transmisi manual, sebaliknya ia akan dijual dalam versi DSG sahaja.

Selain daripada bentuk badan hot hatch, Golf R juga dijangka akan muncul dalam versi station wagon yang mampu memberikan cabaran kepada model shooting brake Mercedes-AMG CLA.

Berita Berkenaan

Berita Global
  Berbekalkan rangkaian kuasa ini, Tiguan dan Passat boleh menunda sehingga 2,200 kilogram (kg)…
Berita Global
   Terbaru Kumpulan Volkswagen mengumumkan angka penghantaran keseluruhan 2024 sebanyak 9.03 juta…
Berita Global
  Tahun 2024 merupakan tempoh sukar buat pengeluar kereta susulan persaingan sengit, peralihan…