Volkswagen ID. Buzz GTX, gaya klasik, kuasa elektrik dan berprestasi!

oleh Muhammad Md Tajudin|
Volkswagen ID. Buzz GTX
Volkswagen ID. Buzz GTX
Para peminat Volkswagen Bus atau Combi kini boleh memiliki van kegemaran mereka dalam versi elektrik. Bukan sahaja elektrik tetapi juga dalam varian berprestasi GTX.

Jika model berprestasi VW dengan enjin pembakaran dalaman dilabel GTI, GTD dan GTE, model elektrik berprestasi pula diberi nama GTX.

ID. Buzz GTX dilengkapi dua motor elektrik dan menjadikannya sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) pacuan semua roda.

Motor 80 kilowatt (kW) memacu gandar depan dan motor 210 kW menguasakan gandar belakang untuk sistem 4MOTION.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
Volkswagen ID. Buzz GTX

 

Pelanggan ditawarkan dua jenis bateri iaitu 79 kilowatt-jam (kWj) atau 86 kWj. Dari segi prestasi, kuasa yang dijana mencecah 250 kW (340 ps) dan unit produksi Bulli paling berkuasa!

Pecutan dari 0 sehingga 100 kilometer sejam (km/j) dijangka boleh dicapai dalam 6.5 saat manakala kelajuan tertinggi dihadkan kepada 160 km/j.

Bateri 79 kWj boleh dicas di pusat pengecasan pantas dengan kuasa sehingga 185 kW dan penambahan tenaga dari 10 sehingga 80 peratus sekitar 26 minit.

Bateri 86 kWj pula boleh dicas dengan kuasa sehingga 200 kW dan mengambil masa yang sama seperti bateri 79 kWj (10 - 80 peratus).

 

Volkswagen ID. Buzz GTX

Berbekalkan kuasa tambahan 100 kW (136 ps) dan sistem 4MOTION, model jarak roda standard (SWB) boleh menunda treler (jenis brek) sehingga 1,800 kilogram (kg).

ID. Buzz GTX jarak roda panjang (LWB) pula sehingga 1.6 kg dan masing-masing bertambah 800 kg dan 600 kg daripada model biasa.

Sistem 4MOTION mempunyai kelebihan ketika berada di atas permukaan basah atau licin. 

Bukan setakat nampak sporti, MPV ini sesuai untuk menunda bot, treler kuda dan sebagainya.

 

Volkswagen ID. Buzz GTX

 

Dari segi penampilan, ID. Buzz GTX bergaya seperti GTX lain dengan bampar depan khusus dan lampu besar IQ.LIGHT LED dijadikan ciri asas.

Jeriji corak sarang lebah dibuat dalam warna hitam dan lampu nyalaan siang dipasang pada sisi bampar. 

Rim aloi Solna 20 inci dijadikan kelengkapan asas dan pelanggan ditawarkan dua pilihan rim aloi 21 inci. 

Warna merah terang diberi nama Cherry Red dan dibuat khusus untuk ID. Buzz GTX dan pelanggan boleh memesan skema dua warna yang digabung bersama Mono Silver Metallic.

 

Volkswagen ID. Buzz GTX

 

Pada bahagian dalam VW menggunakan tema gelap dan riasan merah dan hanya varian ini dalam siri ID. Buzz yang menggunakan pelapik bumbung gelap.

Kerusi juga menggunakan rekaan khusus untuk GTX. Kerusi depan mempunyai larasan elektrik dan fungsi memori.

Balutan yang digunakan jenis microfleece ArtVelours Eco hitam dengan corak berlian. Stereng tampil istimewa dengan logo GTX.

Skrin sentuh pada papan pemuka bertambah saiz kepada 12.9 inci berbanding 12 inci. Sama seperti model VW baharu lain, MPV ini dilengkapi sistem ChatGPT.

 

Volkswagen ID. Buzz GTX 2024

 

Dari segi jumlah penumpang, ID. Buzz GTX SWB mempunyai pilihan lima tempat duduk dengan kerusi baris kedua boleh dibaring mengikut pisahan 40:60.

Satu lagi pilihan ialah enam tempat duduk dengan tiga baris kerusi. Dua baris di belakang boleh memuatkan empat penumpang dengan kerusi baris kedua jenis individu.

ID. Buzz GTX LWB juga boleh dipesan mengikut konfigurasi sama dan tujuh tempat duduk dengan susunan 2 - 3 - 2.

Bergantung kepada varian, kerusi baris kedua boleh digerakkan sehingga 150 milimeter (mm) (SWB) dan 200 mm (LWB).

 

Volkswagen ID. Buzz GTX

 

Untuk muatan, varian SWB lima tempat duduk mempunyai ruang di antara 1,121 liter sehingga 2,123 liter manakala varian LWB di antara 1,340 liter sehingga 2,469 liter.

Bahagian belakang kerusi baris ketiga varian LWB mempunyai ruang 306 liter. Papan Multiflex menjadikan ruang simpanan menjadi dua tingkat. 

Selain itu, pelanggan ID. Buzz LWB boleh memesan bumbung suria panoramik dengan fungsi lutsinar atau kabur melalui kawalan elektronik.

Bumbung suria panoramik itu paling besar untuk model VW dan mengingatkan kepada van klasik Samba Bus.

Penulis: Muhammad Md Tajudin

Volkswagen ID. Buzz GTX